| MOHD KHALIL ABDULLAH Sat | May 16, 09 | 7:37:46 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Menteri Luar, Dato' Anifah Aman akan menghadapi tindakan saman oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim jika beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas tuduhan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia. Peguam Sangkara Nair dan rakan-rakan yang bertindak bagi pihak Anwar akan mengfailkan saman terhadap keyataan Anifah jika beliau tidak memohon maaf dalam masa 24 jam dari sekarang. "Klien kami, Anwar menafikan bahawa beliau pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Anifah dan menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan sedemikian oleh Anifah. "Pertuduhan demikian langsung tidak berasas, berbaur fitnah dan mahu menjatuhkan imej Anwar di mata dunia,"jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Anifah yang dipetik The Star hari ini berkata, "Dia (Anwar) cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri." Sementara,tajuk berita The Star hari ini berbunyi: "Anwar offered me the DPM�s post, says Anifah." Dalam pada itu, tajuk berita Mstar Online pula berbunyi, "Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan." |
Saturday, May 16, 2009
Dalam Masa 24 Jam Anifah Akan Disaman Jika ...
Friday, May 15, 2009
Siapa Dia Dato' Ramly Mohd Ali
KUALA LUMPUR, 15 Mei : - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.
Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.
begini rupanya...
Sivakumar Failkan Saman Terhadap Ganesan
| Harakahdaily Fri | May 15, 09 | 2:32:49 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Speaker yang baru dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) R Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa sidang DUN Perak minggu lalu. Beliau memfailkan saman itu pada pukul 11.45 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh dan dalam kenyataan tuntutannya ialah memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas. Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan. Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan ejen atau pesuruhnya. Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan Rakyat akan dapat menghalang sidang khas yang dijangka dipanggil oleh BN untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar. - azm _ Maklumat tambahan berkaitan dengan kes ini akan dikemaskinikan dalam blog ini dari masa ke semasa. |
Thursday, May 14, 2009
Di Mana Kehebatan Pimpinan Ini Sekarang ?
Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang paling zuhud, warak dan soleh setelah 4 Khulafaur Rasyidin. Beliau memerintah negara Islam selama 2 tahun 5 bulan saja dan wafat pada umur 39 tahun sebab diracun oleh pembesar-pembesar Bani Umaiyyah.
Suatu hari Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat ingin memakan buah apel, tetapi tidak mempunyai uang untuk membelinya, karena semua hartanya dan harta keluarga telah beliau berikan kepada Baitulmal ketika menjadi khalifah. Lalu ada seseorang dari kaum keluarganya menghadiahkan buah apel dan dihidangkan kepada Khalifah Umar oleh Amru bin Muhajir.
Tiba-tiba beliau berkata: "Alangkah wangi dan bagusnya apel ini. Wahai ghulam, angkat apel ini dan pulangkan kepada orang yang membawanya. Sampaikan salam kepadanya, sesungguhnya hadiahnya telah sampai kepadaku ketika aku sudah tiada selera untuk makan apel."
Amru bin Muhajir tahu bahwa Khalifah bertindak demikian karena waraknya. "Wahai Amirul Mukminin! Dia adalah sepupumu dan masih ahli keluargamu, sedang engkau telah mendengar bahwa Rasulullah saw mau menerima hadiah," kata Amru.
"Celaka engkau, sesungguhnya hadiah bagi Rasulullah saw memang hadiah. Akan tetapi hadiah pada hari ini bagi kami adalah merupakan rasuah (suap)," kata Khalifah Umar.
Diceritakan bahwa suatu ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang berada di kantor untuk kerja lembur kerajaan. Keadaan ruangan sangat gelap hingga terpaksa memasang lampu pelita. Seseorang datang dan masuk kantor Khalifah setelah diizinkan. Tiba-tiba Umar memadamkan api pelita itu, maka beliau bercakap dengan tamunya dalam keadaan gelap, membuat orang lain keheranan.
"Mengapa Amirul Mukminin melayani tamu dalam keadaan gelap?" tanya seorang pegawai Khalifah.
"Yang datang tadi itu adalah keluargaku. Dia datang kepadaku karena ada urusan pribadi, sedangkan lampu pelita adalah milik negara. Oleh sebab itu, ketika aku berbicara masalah pribadi, aku padamkan lampu tersebut karena tak mau terpakai milik negara." kata Umar bin Abdul Aziz.
Lihatlah betapa amanahnya seorang pemimpin Islam pada waktu itu. Beliau tidak menggunakan kedudukannya sebagai Khalifah untuk kepentingan sendiri atau kaum keluarga dan sahabat malah apa yang beliau ada disedekahkan ke Baitulmal.
Yayasan Amal Malaysia Di Minggu Palestine
KUALA LUMPUR, 13 Mei - Bertempat di Ruang Legar Tingkat Bawah Medan MARA di Kuala Lumpur, Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) dengan kerjasama Aman Palestin telah menganjurkan Minggu Palestine. Beberapa NGO sekitar lembah klang telah menyertai minggu palestine dan Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA) antara yang di jemput untuk bersama menjayakan program minggu pameran tersebut.
Yayasan Amal Malaysia yang diberi amanah menjayakan projek kemudahan asas di Gaza Mac lepas, antara puluhan NGO yang dilihat komited dalam sebarang bentuk projek amal dan pembangunan semula Gaza, selaras dengan motto NGO tersebut ‘Berkhidmat Untuk Kemanusiaan”.
Selain daripada Yayasan Amal Malaysia, pertubuhan lain seperti HALUAN Malaysia, Aman Palestine, JIM, Global Peace dan Persatuan Pengguna IslamMalaysia (PPIM) juga antara yang menjayakan minggu ini. Minggu pameran yang bermula dari 4 hingga 8 Mei itu di penuhi dengan aktiviti-aktiviti antaranya pameran serta tayangan video Palestine, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan mendeklamasikan sajak bertemakan Palestine.
Turut sama dalam minggu Palestine itu, program Derma Darah Hospital Kuala Lumpur dan Program Pemantapan Profesionalisma MARA berakhir pada 8 Mei hari terakhir minggu itu. Jurucakap Yayasan Amal ketika dihubungi memberitahu, sambutan orang ramai sangat menggalakkan, terutamanya ketika tayangan video kekejaman zionis terhadap penduduk palestin dimainkan.
“Ini menunjukkan masyarakat Malaysia semakin peka dan sensitif terhadap isu ini, dan ini secara tidak langsung menambah keyakinan, semangat gigih untuk kami menyebarkan kesedaran tentang permasalahan Palestin kepada masyarakat,” ujar beliau yang turut serta dalam pameran sepanjang minggu tersebut.
Justeru itu, beliau menyeru kepada masyarakat supaya dapat terus membantu, sebarang bantuan, bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, kerana pembangunan semula Gaza, dan Palestin secara umumnya, sangat memerlukan komitmen yang besar dan berterusan.
Double Standard Mahkamah Rayuan
14 May 2009

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada jam 2.20 petang menerusi firma guaman Tetuan Leong & Tan.Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.
Hakim Datuk Ramly Ali sudah membenarkan permohonan Zambry semalam untuk supaya ditangguhkan pelaksanaan perintah pengisytiharan itu sehingga kes rayuannya selesai diputuskan oleh mahkamah.
Dalam permohonannya, Mohammad Nizar, 52, mahu Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pelaksanaan itu dan secara alternatifnya memohon mahkamah meminda perintah pelaksanaan itu dengan memasukkan terma-terma yang difikirkan wajar.
Dalam afidavit sokongannya, Mohammad Nizar berkata, keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.
Nampaknya Mahkamah rayuan tidak mahu bertindak sebegitu pantas seperti mana yang dilakukan kelmarin bila Zambry memohon untuk ketepikan perintah Mahkamah Tinggi dalam tempoh 2 jam setelah Zambry menfailkannya. Kedua-dua permohonan itu adalah atas dasar kepentingan awam,tetapi kenapa bagi Zamry dibuat dalam tempoh 2 jam sedangkan Nizar kena tunggu sampai hari Isnin?
Kalau ini bukan sikap double standard, apakah jadah namanya?...... mungkin mahkamah kita dah tahu membeza antara orang gomen dengan orang pembangkang kot!
Sempena Hari Ibu : Aminah Bonda Rasulullah S.A.W.
Seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahb. Ibu dari Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.
Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya. “Allah telah memilih aku dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian yang terbaik.”
Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahb ini. “Pada waktu itu ia merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy.”
Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu. “Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya.”
Aminah binti Wahb merupakan bunga yang indah di kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas penampilannya atau gambaran fizikalnya. Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya kecuali sebagai gadis Quraisy yang paling mulia nasab dan kedudukannya di kalangan Quraisy.
Meski tersembunyi, baunya yang harum semerbak keluar dari rumah bani Zuhrah dan menyebar ke segala penjuru Makkah. Bau harumnya membangkitkan harapan mulia dalam jiwa para pemudanya yang menjauhi wanita-wanita lain yang terpandang dan dibicarakan orang.
PATAH HATI
Allah memilih Aminah “Si Bunga Quraisy” sebagai isteri Abdullah bin Abdul Muthalib di antara gadis lain yang cantik dan suci. Ramai gadis yang meminang Abdullah sebagai suaminya seperti Ruqaiyah binti Naufal, Fatimah binti Murr, Laila al Adawiyah, dan masih ramai wanita lain yang telah meminang Abdullah.
Ibnu Ishaq menuturkan tentang Abdul Muthalib yang membimbing tangan Abdullah anaknya setelah menebusnya dari penyembelihan. Lalu membawanya kepada Wahb bin Abdu Manaf bin Zuhrah - yang waktu itu sebagai pemimpin bani Zuhrah - untuk dikahwinkan dengan Aminah.
Abdullah adalah pemuda paling tampan di Makkah. Paling memukau dan paling terkenal di Makkah. Tak hairan, jika ketika ia meminang Aminah, ramai wanita Makkah yang patah hati.”
Cahaya yang semula memancar di dahi Abdullah kini berpindah ke Aminah, padahal cahaya itulah yang membuat wanita-wanita Quraisy rela menawarkan diri sebagai calon isteri Abdullah. Setelah berhasil mengahwini Aminah, Abdullah pernah bertanya kepada Ruqaiyah mengapa tidak menawarkan diri lagi sebagai suaminya. Apa jawab Ruqayah, “Cahaya yang ada padamu dulu telah meninggalkanmu, dan kini aku tidak memerlukanmu lagi.”
Fatimah binti Murr yang ditanyai juga berkata, “Hai Abdullah, aku bukan seorang wanita jahat, tetapi kulihat aku melihat cahaya di wajahmu, kerana itu aku ingin memilikimu. Namun Allah tak mengizinkan kecuali memberikannya kepada orang yang dikehendakiNya.” Jawaban serupa juga disampaikan oleh Laila al Adawiyah. “Dulu aku melihat cahaya bersinar di antara kedua matamu kerana itu aku mengharapkanmu. Namun engkau menolak. Kini engkau telah mengahwini Aminah, dan cahaya itu telah lenyap darimu.”
Memang “cahaya” itu telah berpindah dari Abdullah kepada Aminah. Cahaya ini setelah berpindah-pindah dari sulbi-sulbi dan rahim-rahim lalu menetap pada Aminah yang melahirkan Nabi Muhammad SAW. Bagi Muhammad merupakan hasil dari doa Ibrahim bapanya. Kelahirannya sebagai khabar gembira dari Isa saudaranya, dan merupakan hasil mimpi dari Aminah ibunya. Aminah pernah bermimpi seakan-akan sebuah cahaya keluar darinya menyinari istana-istana Syam. Dari suara ghaib ia mendengar, “Engkau sedang mengandung pemimpin ummat.”
Masyarakat di Makkah selalu membicarakan, kedatangan nabi yang ditunggu-tunggu sudah semakin dekat. Para pendita Yahudi dan Nasrani, serta peramal-peramal Arab, selalu membicarakannya. Dan Allah telah mengabulkan doa Ibrahim as. seperti disebutkan dalam Surah al Baqarah ayat 129.
“Ya Tuhan kami. Utuslah bagi mereka seorang rasul dari kalangan mereka.”
Dan terwujudlah khabar gembira dari Isa as. seperti tersebut dalam Surah as Shaff ayat 6.
“Dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku, namanya Ahmad (Muhammad). Benar pulalah tentang ramalan mimpi Aminah tentang cahaya yang keluar dari dirinya serta menerangi istana-istana Syam itu.”
PEMIMPIN PARA IBU
Aminah adalah pemimpin para ibu, kerana ia ibu Nabi Muhammad yang dipilih Allah sebagai rasul pembawa risalah untuk ummat manusia hingga akhir zaman. Muhammadlah penyeru kebenaran dan keadilan serta kebaikan berupa agama Islam.
“Dan barangsiapa memilih agama selain Islam, maka tiadalah diterima (agama itu) darinya. Dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”
(Ali Imran: 85)
Saat menjelang wafatnya, Aminah berkata: “Setiap yang hidup pasti mati, dan setiap yang baru pasti usang. Setiap orang yang tua akan binasa. Aku pun akan wafat tapi sebutanku akan kekal. Aku telah meninggalkan kebaikan dan melahirkan seorang bayi yang suci.”
Diriwayatkan oleh Aisyah dengan katanya, “Rasulullah SAW memimpin kami dalam melaksanakan haji wada’. Kemudian baginda lalu dekat kubur ibunya sambil menangis sedih. Maka aku pun ikut menangis kerana tangisnya.”
Betapa harumnya nama Aminah, dan betapa kekalnya namanya nan abadi. Seorang ibu yang luhur dan agung sebagai ibu Muhammad manusia paling utama di dunia, paling sempurna di antara para nabi, dan sebagai rasul yang mulia. Aminah binti Wahb adalah ibu kandung rasul yang mulia. Semoga Allah memberkahinya.
Thavon Semiam Kunjungi TG Dato' Nik Aziz
| MOHD NOR YAHYA Thu | May 14, 09 | 8:11:06 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thavon Semiam hari ini mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat pandangan menyelesaikan konflik di selatan Thai. Beliau berkata, pandangan Menteri Besar Kelantan supaya diadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Islam di selatan Thailand akan digunapakai. Malah katanya, sejak Thailand di bawah kerajaan baru diketua Abhisit Vejjajiva sudah berkurangan pertumpahan darah. "Sepanjang empat bulan pertama tahun ini hanya lebih kurang 15 kali sahaja berlaku pertumpahan darah. Sedangkan sebelum ini berpuluh-puluh kejadian huru hara berlaku. "Ini menunjukkan sudah ada persefahaman di antara kerajaan Thailand dengan umat Islam," katanya pada persidangan media selepas pertemuan tersebut yang diadakan di JKR 10. Thavon juga berkata, konsep keadilan sejagat turut menjadi amalan kerajaan Thailand di mana tidak lagi memberi perhatian kepada satu kaum sahaja. Katanya, kerajaan Thai di bawah pimpinan Abhisit amat mengambil berat keselamatan di selatan Thailand dan sentiasa berhubung dengan pimpinan masyarakat Islam di empat wilayah selatan. Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak layak menjadi orang tengah menyelesaikan konflik di selatan Thailand kerana jawatannya hanya Menteri Besar sebuah kerajaan kecil. "Tetapi untuk memberi nasihat dan pandangan saya sanggup selagi rakyat Thailand ingin menerimanya," kata beliau. Menurutnya, konsep PAS Untuk Semua yang diamalkan di Malaysia sebenarnya seakan sama dengan hasrat kerajaan Thailand yang berada di bawah Raja Siam. Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub dan seramai 62 delegasi yang terdiri daripada ahli parlimen, Gabenor Wilayah Selatan, pegawai kerajaan dan Jawatankuasa Keadilan Selatan Thai.
Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi peluang oleh media Thailand untuk memberi ucapan kepada umat Islam di Thailand. Beliau menasihatkan umat Islam di Thailand menjadikan keamanan sebagai asas dalam kehidupan seharian dan sentiasa berbincang dalam menyelesaikan masalah umat Islam. - mj |

