| Azamin Amin Tue | Feb 17, 09 | 12:14:16 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Kesemua kutipan derma kepada Tabung Kemanusiaan Harakah yang berjumlah RM830,000.00 telah diserahkan secara tunai kepada pemimpin Hamas Sami Abu Zuhri yang berangkat pulang ke Palestin dua hari lalu. Walaupun kesemua kutipan telah diserahkan, namun derma dan sumbangan dana orang ramai masih dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada Tabung yang mana akan disumbangkan kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza dan kepada perjuangan Hamas di masa akan datang. Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam memberitahu sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai telah diterima dan ada antaranya yang datang sendiri kepada beliau menyumbangkan derma. "Ada yang datang kepada saya serah RM10,000 malah saya ada baca seorang hamba Allah menderma RM250,000 tanpa mahu namanya disebut. Alhamdullilah kita alu-alukan dan merayu supaya orang ramai terus membantu rakyat Palestin," katanya yang turut mnulis catatan khas rayuan Gaza di Harakah keluaran lalu. Hamas sebelum ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur Tabung Kemanusiaan Harakah yang telah secara simboliknya menyerahkan cek replika berjumlah RM500,000 dalam satu Majlis Rayuan Gaza yang dianjurkan 12 Februari lalu oleh Harakah. Turut Hadir dalam Majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali, Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Parlimen PAS Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali. Sebelum itu, Sami dalam ucaptamanya memberitahu bahawa sebenarnya Hamas telah menang dalam peperangan itu apabila secara tidak langsung memaksa Israel mengadakan gencatan senjata dan cuba untuk mengadakan rundingan bersyarat yang sama sekali tidak akan diterima oleh Hamas. "Kami menolak sebarang syarat dan perjuangan kami akan terus menentang kekejaman Israel sehingga Israel keluar dari bumi Anbia, Palestin. "Kami mengucapkan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur majlis dan tabung ini dan kami terharu dengan sokongan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bukan Islam yang telah meyumbangkan dana dan membantu meringan penderitaan penduduk Palestin. "Semoga Allah menerima jasa baik sumbangan anda ," katanya dalam bahasa Arab yang diterjemahkan semula oleh warga kerja Harakah Ustaz Zainuddin Hashim. Sami Abu Zuhri merupakan jurucakap rasmi Hamas yang juga merupakan seorang pensyarah daripada Universiti Islam Palestin yang sedang menyiapkan tesisnya di Damsyik dalam pengajian sejarah Pejuang Salahuddin Al-Ayubi. Bagaimanapun Universiti tersebut telah musnah diserang dan dibom oleh Israel. Beliau yang berucap di hadapan para wartawan daripada pelbagai media, menyeru supaya rakyat Malaysia tidak 'tersalah' menyumbang derma kepada pihak-pihak atau agensi yang tidak betul kerana khuatir sumbangan itu tidak sampai kepada penduduk Palestin. "Kami seru supaya serahkan dana kepada agensi yang beramanah dan bertanggungjawab atau anda datang terus ke Gaza, untuk sampaikan sendiri kepada penduduk di sana," katanya. -azm (Hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298)_ sumber : Harakahdaily |
Monday, February 16, 2009
RM830 ribu Tabung Gaza Harakah, serah pada Hamas
Siasatan Wakil Rakyat BN Boros RM26.6 juta
Sumber: Arkib berita Malaysiakini
Beberapa bulan yang lalu jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.
Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.
Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.
Menurut YB Haniza Talha, salah seorang Exco kerajaan Selangor, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac tahun 2008.
Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.
Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.
Dalam persidangan pertama dewan itu Mei 2008, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.
Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.
Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.
Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.
Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).
Sunday, February 15, 2009
Soal Jawab Sidang Media - 15 Feb, HUSAM MUSA
| | | | |
| Sunday, 15 February 2009 16:23 | |
Berikut adalah soal jawab dalam sidang akhbar oleh :- selepas ucapan perasmian Bengkel Pemerkasaan Permuafakatan Pakatan Rakyat Soalan Pertama: Mengenai kedudukan YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri: Sehingga hari ini, Pak Lah masih belum mengumumkan tarikh sebenar beliau akan mengundurkan diri sebagai PM. Ini membuka keraguan adakah beliau sebenarnya tidak akan meletakkan jawatan. Pada hari pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7hb April nanti, sudah tentu DS Najib masih belum lagi menjadi PM dan persoalan siapa sebenarnya yang akan memegang 'full command' sekali lagi akan timbul dan ini akan melemahkan jentera pilihanraya BN. Difahamkan, dalam mesyuarat kabinet, Abdullah membentangkan jadual rasmi PM sehingga Ogos. Ini menambahkan lagi persoalan samada beliau benar-benar akan berundur atau tidak pada bulan Mac nanti. Soalan Kedua: Mengenai Tarikh Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau: SPR amat jelas kelihatan mengambil kira tarikh perhimpunan agung UMNO sehingga tarikh pilihanraya kecil itu ditetapkan hanya satu hari sebelum genap tempoh maksima 60 hari pilihanraya mesti diadakan. Namun, UMNO lupa bahawa hari penamaan calon akan berlaku sehari selepas keputusan pemilihan UMNO diketahui! Bayangkan calon-calon Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita dan juga Ketua Pemuda yang tewas yang terpaksa turun ke gelanggang pilihanraya kecil itu. Insya Allah UMNO di kala itu akan berada di tahap yang paling lemah. Soalan Ketiga: Mengenai Derhaka Kepada Raja Melayu Saya suka mengingatkan UMNO supaya jangan memainkan isu ini secara emosional. Asingkan isu antara derhaka dan samada peranan raja seperti yang dikehendaki oleh perlembagaan dipenuhi atau tidak. Jika demonstrasi anjuran Pemuda UMNO hendak dijadikan kayu ukuran, kehadirannya amatlah sedikit sekali. Hanya antara 1000 hingga 2000 orang sahaja. Adakah ini bermakna begitu sedikit rakyat Malaysia yang sayangkan Raja2 Melayu? Jawapannya tentulah tidak samasekali. Bilangan rakyat yang amat mengasihi Raja2 Melayu amatlah ramai, tetapi mereka melihat demonstrasi anjuran Pemuda UMNO hanya untuk mengambil kesempatan politik secara penuh emosi, dan sebenarnya tiada siapapun yang mencabar Raja2 Melayu. Dato Haji Husam Musa |
Saturday, February 14, 2009
K'jaan Haram Perak Dihadap JK Hak - Malaysiakini
Notis saman hadir kepada Zambry dan kesemua enam Exco iaitu Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.
Dalam reaksi segera, Zambry berkata, beliau belum melihat surat yang dikatakan dihantar oleh Sivakumar.
Kata beliau, Sivakumar perlu berfikir tentang apa yang dilakukannya.
"Beliau seharusnya tahu apa yang dilakukannya... Jangan melakukan sesuatu berdasarkan perasaan," kata beliau sambil menambah, BN telah merujuk beberapa kes kepadanya tetapi gagal mengambil tindakan sewajarnya.
Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya mereka dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina DUN.
Sivakumar juga merupakan Pengerusi jawatankuasa berkenaan.
"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh.
"Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Jelas beliau, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lepas telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (ADUN Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.
Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).
Saarani (Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi (Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).
Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap Menteri Besar dan Exco berkenaan, Sivakumar berkata, jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya pada sidang DUN yang akan datang.
"Keputusan akan dibuat dalam Dewan," katanya.
Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan ADUN Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan barisan Exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Sementara itu pada sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.
Beliau berkata, tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.
TERKINI : Polis Halang Program 'Jom Sertai PAS'
| Bashir Ishak Sat | Feb 14, 09 | 5:17:36 pm MYT | |
5.35pm| ALOR STAR, 14 Feb (Hrkh) -Program pelancaran Jom Sertai PAS di Alor Star berhadapan Pekan Rabu dihalang polis atas alasan keselamatan. Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) telah memberikan permit kepada penganjur untuk meneruskan program tersebut. Antara pimpinan PAS yang hadir dalam program tersebut adalah, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ir Amiruddin. Orang ramai kelihatan memenuhi ruangan pekarangan Pekan Rabu untuk menyertai kempen yang dianjurkan pihak pemuda PAS. Dalam pada itu, pihak polis dianggap biadap apabila menutup suis pembesar suara sebanyak dua kali dalam program yang mendapat sambutan masyarakat sekitar petang ini. Pertama, adalah apabila kumpulan nasyid sedang membuat persembahan dan kali kedua adalah apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mussodak Ahmad sedang berucap. Selain itu, pihak polis juga merampas 'bunting' kempen 'Jom Sertai PAS' dan 'backdrop yang digunakan dalam majlis tersebut. Sementara itu, usaha Salahuddin dan Ustaz Mussodak untuk berbincang dengan pihak polis menemui kegagalan dan akhirnya pihak polis menyuraikan semua yang ada di kawasan tersebut. - mks._ sumber : Harakahdaily |
Friday, February 13, 2009
Majlis Perbandaran Dungun agen Yahudi...???
Hasil tinjauan kami pada petang 12 Februari 2009,seluruh kawasan Padang Astaka Dungun telah disita oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Dungun.Terdapat juga 8 helai banner pemberitahuan dari pihak Polis Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun.
Program "Rayuan Gaza,Palestine:Bantulah Mereka" anjuran MAMPAT dan Yayasan Amal Malaysia ini diadakan bagi tujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestine.
Pihak PAS Kawasan Dungun telah menawarkan perkarangan Surau Haji Zainal Abidin sebagai alternatifnya walaupun agak terhad penggunaannya.
klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=fN33tNULGyc
Thursday, February 12, 2009
PAS Mendahului Dalam Misi Bantuan Gaza
PEMBERITAHUAN oleh Majlis Perbandaran Dungun12 Februari, 2009 - 6.30 petang
Sementara itu, tengahari tadi bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur, pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri telah menerima sejumlah RM500 ribu melalui Harakah bagi meringankan penderitaan penduduk Gaza. Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang adalah di antara pimpinan utama yang hadir di Majlis Rayuan Gaza itu.
Dua helai kain rentang di atas merupakan senario yang dirakamkan di tepi Padang Astaka Dungun, lokasi pelancaran kempen "Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka" yang dijadualkan pada 13 Februari, 2009, Jumaat bermula jam 3.00 petang sehingga jam 11.30 malam. Majlis ini adalah anjuran Yayasan Amal Malaysia (Amal) Cawangan Terengganu bersama Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di negeri Terengganu
Seharusnya kebenaran yang diberikan di peringkat awal tidak ditarik balik bagi menggambarkan sokongan kepada sebarang usaha untuk membantu penduduk Palestin. Tindakan ini dikhuatiri didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang berfikiran sempit yang irihati melihat gerakan Islam seperti PAS dapat duduk semeja bersama rakan seperjuangan dari Hamas yang berdepan secara langsung dengan regim Zionis.
Pihak penganjur difahamkan telah memindahkan lokasi pelancaran ke Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate. Seramai empat orang pemidato yang terdiri daripada Tg Paduka Raja Tg Ibrahim Tuanku Ismail, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Haji Husin Ismail (Yayasan Amal Malaysia) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Mampat) akan menyampaikan ucapan masing-masing di sebelah malamnya.
sumber maklumat sumbangan diperolehi melalui Harakahdaily
Wednesday, February 11, 2009
" Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka "
| | | | |
| Written by Wan Kay |
| Wednesday, 11 February 2009 04:42 |
|
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hj Husin Ismail berkata kempen ini diharap dapat membuktikan kepada malaysia dan dunia, rakyat Terengganu dari pelbagai latarbelakang, fahaman dan sikap bersepakat dalam isu Palestin. Oleh yang demikian, katanya, Yayasan Amal cawangan Terengganu bersama Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lain bergabung untuk bagi menganjurkan bersama satu program yang di beri nama ‘Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka’. Menurutnya pelancaran program tersebut akan diadakan pada 13 Februari 2009 (JUMAAT) di Padang Astaka Majlis Perbandaran Dungun, Terengganu. Katanya pelbagai program akan diadakan bermula jam 3.00 petang pada hari pelancaran itu termasuk jualan cenderahati, solat isya’ dan solat hajat berjamaah, pidato keamanan serta tayangan video. “Orang ramai, badan-badan NGO, orang persorangan, syarikat-syarikat swasta boleh memberikan sumbangan pada hari tersebut,”kata beliau. Mengulas lanjut, katanya, pelbagai program ‘Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka’ akan digerakkan selama sebulan termasuk mengadakan ‘roadshow’, majlis makan malam, malam airmata palestin, tayangan video, ceramah taklimat dan jualan cenderahati pelekat kereta motosikal. Justeru, pihaknya merayu kepada semua pihak agar dapat menyokong dan memberikan sumbangan terutamanya dalam bentuk kewangan. Segala pertanyaan boleh di rujuk kepada Sekretariat program ‘Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka’ dengan menghubungi Encik Zaidan Abdullah di talian 013 – 979 7025 atau Cikgu Fauzi di talian 013 – 923 8685. SEMUA LAPISAN MASYARAKAT sumber : BuletinonlineTANPA MENGIRA ANUTAN AGAMA & FAHAMAN POLITIK DIJEMPUT HADIR KE PADANG ASTAKA, DUNGUN, TERENGGANU. |


