Friday, July 13, 2012

"Kerana Banyak Jenayahlah Menteri-menteri Dan Orang Besar Perlukan Bodyguard", Musa Hassan, Bekas KPN


KUALA LUMPUR, 13 Julai - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
 
Musa Hassan: “Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.” - Foto oleh Amin Iskandar 
“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insidersemalam.
baca artikel penuh...di sini.

Sunday, July 8, 2012

Debat Ahmad Said - Wahid Endut Jadi Kenyataan ?

KUALA TERENGGANU - Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu hari ini menyarankan satu sesi debat diadakan di antara kerajaan Terengganu dan pembangkang di negeri itu bagi merungkai isu tempatan.
   Amanah tawar anjur debat antara kerajaan Terengganu dan Pembangkang
Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata Amanah sedia menjadi penganjur bagi memberi ruang kedua-dua pihak menjawab pelbagai isu yang menjadi bualan penduduk Terengganu sekarang.
   
"Saya banyak menerima soalan daripada orang ramai tentang isu-isu yang perlu penjelasan dari pihak kerajaan dan pembangkang dan atas dasar inilah kami mahu mengadakan debat isu semasa untuk kali pertamanya di peringkat negeri sebagai perintis kepada usaha ini," katanya pada sidang media di sini.
   
Beliau berkata Amanah juga telah menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu.
   
"Ini juga akan memberi peluang kedua-dua belah pihak menjelaskan hala tuju parti masing-masing dan juga membentang manifesto mereka sambil membahaskan isu-isu semasa lain," katanya.

Beliau berkata Amanah berpandangan debat satu kegiatan sihat kerana pelbagai isu dapat dirungkai seperti ketika debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli.
   
Debat juga katanya peluang bagi parti-parti politik di negara ini menunjukkan kematangan masing-masing khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.
   
Amanah merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuh Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Julai tahun lepas, bertujuan menjadi platform pelbagai pihak menyuarakan pandangan terhadap isu yang dibangkit rakyat tanpa mengira fahaman politik.

sumber : sinarharian.com

Thursday, July 5, 2012

Pemuda Mesti Sanggup Dan Bersedia Ditarbiyah

oleh : Lajnah Tarbiah Pemuda Dun Sura


KAMPUNG MOLEK : Pemuda DUN Sura telah berkesempatan menjemput Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah untuk menyampaikan motivasi khusus bertajuk 'Kepentingan Tarbiyah' kepada seluruh pemuda DUN Sura baru-baru ini. 

Program yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu terlebih dahulu bermula dengan majlis berbuka puasa bersama jawatankuasa pemuda DUN Sura bagi membina jiwa pemuda yang sentiasa terdedah dengan hembusan roh tarbiyah yang berterusan.

Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman dalam mukaddimah taujihatnya memperingatkan para pemuda bahawa kita sebagai hamba mestilah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dalam kehidupan ini. Allah menilai seseorang bukanlah disebabkan paras rupanya yang cantik tetapi melalui hatinya yang bersih sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Sirah turut merakamkan seseorang yang hitam seperti Bilal, Khabab dan perempuan yang sentiasa menyapu masjid Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam termasuk antara yang dijamin syurga. Beliau mengingatkan bahawa pemuda PAS mestilah sentiasa bersedia untuk menjadi orang yang ditarbiyah bagi membina jiwa-jiwa pejuang agama Allah. Bahkan, Rasulullah sendiri menghadapi suatu tempoh tarbiyah khusus daripada Allah Taala sebelum dibangkitkan dan dilantik sebagai Rasul utusan Allah pada usianya 40 tahun. 


"Oleh sebab itulah, dalam kehidupan Nabi, Allah telah mentarbiyah Nabi. (Nabi pernah bersabda): Tuhanku yang mendidikku, dan aku menerima sebaik-baik didikan. Allah sendiri mentarbiyah Nabi. Tarbiyah yang diberikan oleh Allah adalah sebaik-baik tarbiyah" tegas beliau yang juga Ketua Lajnah Tarbiyah DPPNT. Di samping itu, beliau juga menegaskan bahawa istiqamah adalah perkara yang penting dalam perjuangan ini.


Baca lagi....DI SINI


Tuesday, July 3, 2012

Sumbagan Kerusi Roda Di Kg Alor Tembesu

DUNGUN, 3 Julai Selasa - Perhatian kepada mereka yang memerlukan kecaknaan terus dilaksanakan di sekitar DUN Sura.
Petang semalam, 2 Julai Isnin di Kampung Alor Tembesu, Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Nik mewakili ADUN Sura telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit kanser paru-paru.

Abdul Rahman Daud, 70, menghidapi penyakit ini sekitar awal tahun ini. Beliau yang merupakan suami kepada pengusaha kedai makan di Kampung Batu 48, Muzah Sidek, mempunyai 10 orang anak.

"Terima kasih kepada pihak YB di atas kecaknaan, dengan sumbangan ini, insyaAllah akan memudahkan pergerakan saya," ujar beliau ringkas.

Sunday, July 1, 2012

PAS Sokong Penuh Hudud Di Johor

SHAH ALAM - PAS menyambut baik cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat, yang mahukan Kerajaan Johor mengambil inisiatif menjadi negeri pertama melaksanakan hudud.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, umat Islam perlu sokong sepenuhnya cadangan tersebut.

“Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Mungkin ini adalah cadangan seumpama itu yang pertama daripada Umno Johor. Beliau menongkah arus dan saya ucapkan semoga beliau
berjaya.

“Selain itu, saya berharap beliau mengangkat isu ini lebih tinggi. Jangan ada ‘hudud Umno’, ‘hudud PAS’ dan PAS akan terus menyokongnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menerima hakikat akan ada pihak yang akan menentang perlaksanaan cadangan tersebut.

Ayub membuat cadangan itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12, Khamis lalu.
 
baca artikel penuh...di sini.

Saturday, June 30, 2012

TGNA : "Najib Serabut Perut"



SHAH ALAM: 'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan presiden Umno itu.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen.

baca artikel penuh...di sini.

Wednesday, June 27, 2012

Pilihanraya Musim Haji : Sebuah Panduan Hukum


Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Saya dan rakan-rakan asatizah kerap ditanya hukum dan pandangan kami berkaitan ura-ura jika pilihanraya dilaksanakan sewaktu musim haji, adakah ia dibenarkan di dalam Islam? Sebagai panduan sebelum sesuatu yang buruk itu berlaku, respons dan jawapan ini diberikan, kerana jika pandangan sebegini lewat diberikan sesudah keputusan pihak berkuasa dilakukan, pandangan berkaitan hal ini tiada boleh memberikan banyak kesan lagi.

Justeru, sebelum terlambat dan juga sebagai jawapan kepada sebuah soalan, ia dicoretkan. Di dalam sistem demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair.

Rakyat selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai. Justeru, Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK SAMA SEKALI WAJAR dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu jemaah haji dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Lalu terhalang dari menunaikan hak dan kewajiban mengundi atau menjadi calon. Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu tentunya merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN.

 Baca lagi....DI SINI

Saturday, June 23, 2012

Manifesto : Kaedah Rakaman Ditolak Pakatan

KUALA LUMPUR, 23 Jun Sabtu - Pakatan Rakyat (PR) menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebagaimana diumumkan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.

Katanya, ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya.

Abdul Aziz berkata, penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura