Saturday, June 23, 2012

Remaja tercari-cari cinta sejati

Majlis perasmian Forum Sebarkan CintaMu oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun Sura, Tuan Haji Wan Hapendi bin Nik di Bangunan PAS Dun Sura.



Video clip Ustazah Fatimah Syarha :
Sebarkan CintaMu : Fatimah Syarha_1

Thursday, June 21, 2012

Runtuh Lagi Di Terengganu...Terkini Di Jertih!

BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.
Kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa runtuhan sedang dijalankan.
 Kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa runtuhan sedang dijalankan.

Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.


Pasukan penyelamat masih bertungkus lumus untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.

Sunday, June 17, 2012

Ziarah Sindrom Down Di DUN Sura

DUNGUN, 17 Jun Ahad - Seramai hampir 20 orang yang mempunyai sindrom down telah dikunjungi oleh wakil Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura di sekitar Kampung Tanah Lot, Sungai Udang, Kampung Molek, Bukit Chatak, Padang Jambu dan Sura Jeti, di sini.
 Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Nik berkunjung ke Sungai Udang dan Tanah Lot, sementara Timbalan Pengarah MTD Sura, Haji Mohd Amin Hamid ke Kampung Bukit Chatak 1 dan Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim (gambar) menziarahi nama-nama yang tersenarai di Sura Jeti, Bukit Chatak 2 dan Kampung Padang Jambu.

 Ziarah ini merupakan aktiviti bersama masyarakat secara berterusan yang dilakukan di DUN Sura. Sumbangan hamper dan beras telah disampaikan kepada individu yang mempunyai sindrom down dan keluarga masing-masing.

Ketua PAS Cawangan serta ahli jawatankuasanya turut mengiringi wakil ADUN Sura semasa ziarah dilakukan.

Forum Sebarkan Cintamu Dapat Sambutan Anak Muda

oleh : Team Blogger Dun Sura



DUN SURA, 16 JUN 2012: Satu Forum bertemakan "Sebarkan Cintamu" anjuran  Ameerah DUN Sura telah berjaya diadakan di Bangunan DUN Sura petang sabtu lalu. Program tersebut berjaya menarik ramai muda-mudi untuk berkongsi makna cinta sejati yang bertepatan dengan syarak menerusi perkongsian ilmu dua novelis terkenal iaitu Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Riduan Muhammad Nor.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah MTD Sura, Al-Fadhil Cg. Wan Hapandi Wan Nik. Beliau banyak menyentuh isu yang melibatkan remaja hari ini yang mudah dihanyutkan oleh arus gejala sosial yang merosakkan mereka. 

" Ramai dalam kalangan muda-muda telah tersalah pilih, telah tersalah hala tuju cinta mereka. Sehingga menyebabkan hilang maruah diri, tergadai akhlak dan peribadi sebagai seorang Muslim. Sehingga lahirlah remaja-remaja yang melarikan diri dari keluarga yang akhirnya terjebak dalam pelbagai gejala sosial. Yang lebih malang, hingga melahirkan generasi-generasi yang kita kira generasi-generasi yang tidak sah kelahirannya. Banyak berlaku dalam masyarakat kita hasil daripada salah letaknya cinta itu".


“ Insyaallah, pada petang yang mulia, kita ini akan dibimbing oleh kedua-dua novelis kita untuk kita semua khususnya remaja mencari satu cinta yang sejati. Yang kita semua maklum, cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah  dan RasulNya"
Beliau turut menegaskan bahawa cinta yang didirikan atas asas cinta kepada Allah dan Rasul akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. 


Dalam kesempatan tersebut juga, beliau mengucapkan tahniah kepada Ameerah dan jawatankuasa pemuda kerana berjaya mengumpul anak-anak muda supaya mereka dapat memandu perjalanan hidup ke arah redha Ilahi. Beliau turut menghargai kehadiran dua orang novelis serta anak-anak muda bagi mengisi waktu ilmu yang baik.
Sepanjang program, pelbagai perkongsian menarik diberikan oleh kedua-dua novelis terutamanya untuk seluruh remaja yang bersama dalam program tersebut. 


“ Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini; semua itu akan disoal oleh Allah Taala. Kalau selama ini kita biarkan, kita relakan diri kita diajar tentang cinta oleh Li Min Ho seumpamanya, mereka tu tak kenal pun Allah. Jadi, bila kita biarkan diri kita diajar oleh orang yang tak kenal Allah erti cinta, mana mungkin cinta kita kenal Allah”, nasihat Ustazah Fatimah Syarha kepada seluruh hadirin.

Turut berkongsi cerita adalah Ketua Penerangan DPPM yang juga panelis kedua, Ustaz Riduan Mohd Nor. Beliau mengingatkan peserta mengenai sifat cintakan dunia dan takutkan kematian yang menjadi penyebab umat Islam menjadi lemah. Para sahabat terdahulu mengutamakan cinta dan redha Allah Taala dalam setiap tindakan mereka. 

“ Kesalahfahaman tentang cinta hari ini. Cinta selera murahan yang dipandu oleh anak muda remaja hari ini. Kita rasa gerun dengan anak muda hari ini. Sebab itu kita ucap tahniah kepada penganjur berbicara tentang cinta dan meletakkan cinta pada tempat yang betul”, ujar Ustaz Riduan. 


Selesai forum, seluruh peserta yang hadir berasak-asak untuk mendapatkan novel dan autograf daripada kedua-dua novelis tersebut. Semua novel yang dibawa oleh kedua-dua pendakwah anak muda ini habis terjual menandakan sambutan baik diberikan oleh anak-anak muda sekitar kawasan ini.

Video clip akan menyusul di posting akan datang

Saturday, June 16, 2012

Apa itu Isra' dan Mi'raj


Isra’ Mi’raj. Iaitu peristiwa dimana diperjalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu malam bulan Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai Buraq, kemudian naik ke langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al Muntaha, untuk diperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah.

 “Tatkala Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang melingkupinya, tetapi pandangannya (Rasulullah saw.) tidak sampai menyimpang dan tidak pula melampauinya(Sidratul Muntaha). Sesungguhnya dia (Rasulullah saw.) telah melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung” (Q.S Al Najm: 16-18) “Sesungguhnya dia (Muhammad saw.) benar-benar telah melihatnya (jibril) untuk yang kedua kalinya (dalam bentuk aslinya) di dekat Sidratul Muntaha. Di dekatnya terdapat Jannatul Ma’wa” (Q.S Al Najm: 13-15)

 Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam) Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah.

Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

Friday, June 15, 2012

PRU-13 Selepas Aidilfitri ?

SHAH ALAM - Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat ‘terpaksa’ dilupakan banyak pihak.
PRU13 selepas Aidilfitri?
Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan.

baca artikel penuh...di sini.

Menang PRU-13...UMNO Akan Gadai Malaysia ?

Saturday, 16 June 2012

GEMPAR PANAS PUNYA KISAH!!!... ESOK TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN KE PERAK, AKAN DISAMBUT DENGAN PEMBERIAN HADIAH KISAH BANGUNAN UMNO BUKIT GANTANG DISITA SEBAB BERHUTANG LEBIH RM1.7JUTA...


Esok ketibaan Timbalan Perdana Menteri ke Bukit Gantang,Perak akan disambut dengan pemberian hadiah,  pejabat utama Umno Bahagian disita,  berikutan satu pertikaian dimahkamah.

baca artikel penuh...di sini.

Thursday, June 14, 2012

Perginya seorang Murabbi : Almarhum Ust Yahya Othman

Seluruh ahli jawatankuasa Majlis Tindakan DUN Sura mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Us Yahya Othman yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada parti terutamanya dengan pengalaman beliau dalam mentarbiyah ahli memahami matlamat perjuangan Parti islam Se Malaysia (PAS). Semoga Allah Taala melimpahkan rahmat ke atas rohnya, amin
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura