Thursday, June 14, 2012

Pemuda Penggerak Perubahan

Cakna Komuniti Muda - Padang Jambu


DUNGUN RABU 13 JUN 2012 : Program Cakna Komuniti Muda diteruskan lagi dalam usaha mendekati anak muda di sini. Kali ini kawasan padang permainan di Kampung Padang Jambu menjadi pilihan untuk seluruh AJK Pemuda Dun Sura turun meluangkan masa tanda pencaknaan PAS terhadap generasi muda.Kawasan tersebut menjadi tempat berkumpul anak muda di petang hari dengan permainan tumpuannya adalah bola sepak dan takraw.

Majlis yang berlangsung ringkas sekadar meraikan anak-anak muda itu bermula jam 6.30 petang bersama anak-anak muda yang sedang memanaskan badan untuk bermain bola sepak. Majlis dimulakan dengan ucapan Ustaz Muhammad Syukri M. Nazar, Ketua Lajnah Tarbiyah Pemuda Sura mewakili Pengarah MTD Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik. Beliau tidak dapat bersama petang ini kerana terpaksa bergegas ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu melawat jiran beliau yang koma.


" Petang ini saya mewakili YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Cg Wan Hapandi yang tidak dapat hadir kerana ada keuzuran. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pemuda yang sudi meluangkan sedikit masa untuk kami pada petang ini. Pesanan untuk kita semua, diharapkan dalam keaktifan kita bermain bola, jangan sesekali lupa sembahyang. Sekarang musim EURO. Jangan disebabkan berjaga malam, kita terlepas solat Subuh" ujar beliau menyampaikan nasihat

Kehadiran pemuda PAS di padang dilihat menarik perhatian para pemuda di situ sekaligus membuktikan slogan 'Orang Muda Geng Kite' bukanlah slogan kosong. Bahkan, slogan ini telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan pemimpin UMNO sehinggakan mereka telah beberapa kali cuba menggangu aktiviti yang dianjurkan PAS bagi mendekati anak muda. Usaha PAS mendekati anak muda ini supaya anak muda tidak terus dirosakkan oleh gelombang gejala sosial yang tidak dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional.


Selepas itu, seluruh pemuda DUN bergerak ke gelanggan takraw. Sekali lagi, ucapan nasihat mewakili Pengarah MTD DUN Sura disampaikan oleh Us Syukri. Seluruh pemuda yang turun bermain memberi kerjasama yang baik serta mendengar dengan teliti setiap patah ucapan yang disampaikan.

" Bersukan adalah satu perkara yang dituntut oleh Islam terutamanya dalam menjaga kesihatan badan. Kesihatan badan mendorong kita untuk lebih cergas beribadah. Kita mengharapkan pemuda di sini tidak lalai
melaksanakan tugas ibadah kepada Allah sebagaimana kita mampu meluangkan masa untuk bersukan bersama-sama. Di samping itu, kita juga berharap pemuda-pemuda dapat bersama kita membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.Pemuda adalah pencetus kepada perubahan"

" Program yang kita buat ini tanda sokongan PAS kepada anak-anak muda. Insyaallah, sekiranya kita berjaya memerintah, lebih banyak program yang lebih bermanfaat akan diadakan bagi mengisi kehendak anak-anak muda"

Turut hadir dalam program ini adalah Ketua Pemuda UPU Bukit Chatak, Saudara
Shahir dan Ketua Pemuda Padang Jambu, Saudara Nasir selain daripada Jawatankuasa Pemuda DUN Sura. Diharapkan masa depan anak muda akan lebih terjamin bukan setakat di dunia bahkan di akhirat dalam usaha gerak kerja dakwah yang dilakukan oleh PAS kali ini.


Berita berkaitan :


Cakna Komuniti Muda - Sura Utara




Tuesday, June 12, 2012

Tangguh ibadah haji kerana pilihanraya

oleh :Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz



Ulasan:

1) Ia satu perbahasan hukum yang menarik untuk memahamkan masyarakat Islam mengenai hukum mengundi dalam pilihanraya umum untuk memilih kepimpinan negara.


2) PAS melihat penyertaan rakyat dalam pilihanraya adalah satu kewajiban ugama yang mesti ditunaikan. Manakala umno melihatnya sebagai satu kewajiban warganegara yang tidak sama dengan kewajiban ugama. Umno terus dengan otak sempitnya, melihat urusan politik dan kepimpinan negara sebagai terpisah daripada ugama.


3) Undi adalah satu persaksian atau syahadah di hadapan Allah bahawa setiap muslim wajib memilih Islam sebagai satu ugama dan cara hidup yang tidak mungkin ditinggalkan. Umno melihat sebaliknya. Bahkan undi boleh dibeli dengan sekampit gula demi survival sekularisme.


4) Ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan/ terhad waktunya seperti pilihanraya. Bahkan, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah.


5) Oleh kerana tarikh pilihanraya yang samar disebabkan was-was seorang perdana menteri, PAS mencadangkan -bukan mewajibkan- umat Islam agar memilih untuk menangguhkan haji jika wujud kebarangkalian berlakunya pilihanraya pada musim haji iaitu Oktober dan November nanti.


6) Pilihanraya pada musim haji adalah pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman. 


7) Kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing. 



8) Tambahan - Kerajaan jangan asyik menghina diri sendiri dengan mengugut rakyat dengan kemungkinan koata haji ditarik balik kerana aksi berani anak-anak muda menolak politik kotor umno di tanah suci umat Islam dengan peragaan baju BERSIH. Jangan fikir negara Saudia berotak sempit macam kita!

Bayangkan Seandainya Politik Di Malaysia Dan Peraturannya Yang Pincang Digunakan Untuk Euro 2012...

KEJOHANAN Euro 2012. Enam belas pasukan.Lapan lokasi. Berjuta penyokong memenuhi stadium, beratus juta lagi menonton di kaca TV.
http://blogs.independent.co.uk/wp-content/uploads/2012/06/2012.jpg
Setiap malam, perlawanan demi perlawanan dengan Denmark mengejutkan Jerman dan Croatia menghancurkan Ireland, setiap pengamat bola sepak, sama ada yang dibayar atau tidak akan menilai pasukan masing-masing: Adakah pemain Belanda dilanda masalah perkauman, sehingga permainan mereka ditangguhkan seketika?

Adakah permainan licik Leonardo Bonucci adil atau tidak?

Adakah pasukan Sepanyol akan berjaya membuktikan keunggulan mereka sebagai pasukan pilihan tatkala negara mereka di ambang muflis akibat bebanan hutang?

Walaupun ada beberapa pemain yang akan 'berdrama' di pentas pertandingan, kita yakin ini tidak akan menggugat keunggulan kejohanan berprestij ini.

baca artikel penuh...di sini.

Saturday, June 9, 2012

Orang Muda Terjebak Kerana ‘Hilang Punca’


DUNGUN – PAS meneruskan usaha mendekati orang muda bagi membimbing mereka supaya tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang merosakkan kelompok yang menjadi 'harapan negara' pada masa depan itu.

Menurut  Cikgu Haji Wan Hapandi bin Nik, kebanyakkan masalah yang timbul dikalangan generasi muda adalah kerana mereka ‘hilang punca’.

“pada hari ini kita melihat sebahagian besar maslaah yang timbul di kalangan remaja (dan orang muda) adalah kerana mereka kehilangan punca,


“(kurang) menguasai ilmu agama yang menyebabkan mereka terjebak degan pelbagai gejala yang merosakkan masa depan mereka,”ujarya.

Wan Hapandi berkata demikian selepas beramah mesra dan memberikan tazkirah kepada orang muda di Padang bola Jalan Melati, Sura Utara, dekat sini pada Rabu 6 Jun lalu.

Beliau yang baru dilantik memegang amanah selaku Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan (MTD) Sura berkata, pihaknya bersama Pemuda PAS DUN Sura mengambil inisiatif mendekati golongan yang mejadi ‘aset negara’ itu.

Menurutnya, ia adalah pendekatan bersemuka bagi memberi kefahaman tentang Islam kepada golongan tersebut.

“Oleh kerana itu, kita di peringkat MTD dan pemuda (PAS DUN Sura) sendiri mengambil inisiatif agar mereka bersama perjuangan kita dalam usaha kita menyebarkan syiar Islam dan untuk menegakkan syarat Allah,”jelasnya.

Beliau berharap orang-orang muda berusaha mendekati rumah-rumah Allah, surau dan masjid untuk menambahkan  dan mendalamkan ilmu Islam supaya menjadi pemuda yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Turun bersama beliau ke padang bola tersebut ialah Ketua Pemuda PAS DUN Sura Ustaz Hanafiah Hitam dalam rangka program Cakna Komuniti Muda Dun Sura yang dianjurka bersama oleh MTD Sura dan  Penyelaras Pemuda PAS DUN Sura.<buletinonline>




Gambar sekitar Cakna Komuniti Dun Sura 

Friday, June 8, 2012

Cakna Komuniti Dun Sura @ Sura Utara

oleh : Penerangan Pemuda Dun Sura

PROGRAM : Cakna Komuniti Muda
ANJURAN : Pemuda PAS Dun Sura
LOKASI : Padang Bola Jalan Melati, Sura Utara
TARIKH : Rabu 6 Jun 2012
DIKETUAI : Pengarah MTD Sura, Tuan Haji Wan Hapandi b Nik

BERITA & video akan menyusul lagi selepas ini








Wednesday, June 6, 2012

Jadual perlawanan UEFA UERO 2012

Diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan.Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun


klik jadual utk besarkan 

Stadium: Runtuh anjur Himpun & Ingat Jumaat ini


KUALA TERENGGANU:Badan Bertindak Menangani Isu Bangunan Runtuh (Runtuh) akan mengadakan program Runtuh & Ingat pada Jumaat, 8 Jun di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak bermula jam 5 petang.

 Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah berkata ia sebagai mengingatkan kepada rakyat mengenai SSMZA yang runtuh pada 2 Jun 2009.

Jelasnya, program diisi dengan deklamasi sajak oleh SN Datuk A Samad Said, pidato rakyat, pimpinan masyarakat, NGO, pameran dan penyebaran risalah.

Katanya, pada 2 Jun 2009 yang lalu, Malaysia telah gempar dengan keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak yang dibina dengan kos RM292 juta dalam tempoh tidak sampai setahun disiapkan.

Tambahnya, turut mendukacitakan rakyat Terengganu apabila keluar dari mulut seorang wakil rakyat di pihak kerajaan yang mengatakan ‘keruntuhan adalah satu rahmat’ kepada rakyat sedangkan, ianya adalah satu musibah.

Malah, katanya suatu kerugian kerana ianya melibatkan wang rakyat.

“Episod malang keruntuhan bumbung SSMZA seberat 2,500 tan dengan teknologi tanpa tiang dari Korea itu bukan sahaja tamat di situ, malah kita juga telah didedahkan dengan isu kecurian pelbagai peralatan di SSMZA yang dianggarkan berjumlah RM50 juta termasuk dua set janakuasa yang bernilai RM70,000 seunit,” katanya.

Jelasnya, Sabtu lalu, 2 Jun 2012 genaplah 3 tahun peristiwa memalukan itu berlaku, lebih memalukan apabila walaupun sudah 3 tahun, namun kerajaan negeri dilihat mengambil sikap lepas tangan dalam menangani isu ini.

Malah, ujarnya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dilihat sentiasa cuba mengelak untuk berhadapan isu itu walaupun pada peringkat awal beliau mengatakan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyelesaikan kes yang memalukan itu.

Katanya, kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan hanya dilakukan selepas setahun berlakunya runtuhan (selesai akhir 2010).
Pada masa yang sama, ujarnya kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa tender sudah dikeluarkan.

Namun, tambah beliau sehingga hari ini tiada apa-apa yang dilakukan terhadap SSMZA tersebut.

“Atas rasa tanggungjawab, dan kesal dengan sikap sambil lewa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, maka Runtuh mengumumkan akan mengadakan satu himpunan aman bagi memperingati 3 tahun sudah berlalu dengan objektif utama memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kegagalan kerajaan negeri dalam menguruskan ‘Stadium Runtuh’ tersebut,” ujarnya.(hrkhdaily)



Monday, June 4, 2012

Forum "Sebarkan Cintamu"...Ameerah DUN Sura Dekati Remaja

DUNGUN, 4 Jun Isnin - Ameerah DUN Sura terus bergerak aktif mendekati golongan remaja dan rakan sebaya sambil mengajak sasaran dampingnya untuk memilih minat dan qaedah sesuai untuk mengisi usia yang masih muda.
Terkini, pada 16 Jun Sabtu depan bertempat di Bangunan DUN Sura, Jalan Nibong, Kampung Molek, satu forum dengan penampilan dua orang novelis - Ustaz Riduan Mohamad Nor, yang menghasilkan "Naskah Cinta Buat Nusaibah" dan Puan Fatimah Syarha binti Mohd Noordin dengan karyanya "Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul" telah diundang untuk bersama dengan remaja khususnya di sekitar DUN Sura.

Dengan penyertaan yang terhad, sesiapa yang berminat diminta segera menghubungi Khadijah (013-969 2975) dan Syahida Zahirah (019-937 9692).
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura