Saturday, August 7, 2010

Negara Islam Tak Progresif : DAP Bidas MCA

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.

“Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah,” tambahnya.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

sumber : tvselangor.com

Friday, August 6, 2010

ADUN Sura Santuni Faqir Miskin Menjelang Ramadhan Al-Mubarak 1431

DUNGUN 6 Ogos, Jumaat - Menjelang kurang seminggu sahaja lagi tibanya Ramadhan Al-Mubarak, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menyampaikan sumbangan kepada 65 orang faqir miskin dari seluruh cawangan dalam DUN Sura.

Beliau yang juga YDP PAS Kawasan Dungun, dalam ucapan ringkasnya sebelum majlis penyampaian tersebut, yakin walaupun tidak memperolehi peruntukan daripada kerajaan negeri, program kebajikan kepada rakyat yang diwakilinya akan terus diberi perhatian dengan kerjasama pihak yang prihatin terhadap nasib golongan yang memerlukan.

Menurut Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Enche Alias Muda, majlis tersebut diadakan bagi meringankan bebanan golongan berkenaan dalam menyambut Ramadhan yang bakal tiba.

Majlis yang diadakan pada petang Jumaat, 6 Ogos tersebut, berlangsung di Surau Che Ibrahim, Alor Tembesu.

Thursday, August 5, 2010

Pengguna Stesen Bas Kuala Dungun Diganggu Orang Kurang Siuman, Peragut

DUNGUN : Suram, menakutkan dan membahayakan. Itulah yang dialami segelintir peniaga dan pengguna bas ekspres di Stesen Bas Kuala Dungun, di sini, terutama pada waktu malam, apabila kebanyakan mereka sering diganggu orang kurang siuman, selain berdepan ancaman peragut yang sentiasa memerhatikan mangsanya.


Gambar hiasan

Stesen bas yang baru beroperasi sejak lima bulan lalu di Kuala Dungun diakui sudah dilengkapi kemudahan mencukupi dan selesa untuk orang ramai terutama pengguna pengangkutan awam, namun ketiadaan pondok polis di situ membimbangkan mereka berikutan stesen itu kadangkala sunyi.

Tinjauan Edisi Timur di stesen bas berkenaan mendapati, kawasan itu agak sunyi pada waktu senja hingga malam, sebelum ia rancak apabila banyak bas tiba dalam waktu hampir sama untuk mengambil penumpang.

Keadaan itu membimbangkan pengguna yang menunggu ketibaan bas, terutama apabila jumlah penumpang agak sedikit pada hari biasa, berbanding hari minggu yang dipenuhi penumpang, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi berhampiran.


Seorang peniaga runcit, Mohd Fauzi Mamat, 48, berkata, masalah orang kurang siuman yang sering berlegar di kawasan itu menimbulkan rasa takut dan kurang senang peniaga serta pengguna pengangkutan awam.


Malah, katanya orang kurang siuman pernah beberapa kali masuk ke kedainya dan mengganggu serta mengugut anak gadisnya ketika menjaga kedai di siang hari, bagaimanapun mujur tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.

“Orang kurang siuman yang berkeliaran menakutkan wanita dan anak gadis di sini. Selain itu, keadaan stesen yang agak sunyi pada waktu tertentu juga mendorong penjenayah seperti meragut untuk melakukan kegiatan jenayah di sini.

“Oleh itu, rasanya tidak salah ditempatkan sebuah pondok polis yang memantau serta mengawal keselamatan kawasan ini,” katanya yang mengakui pernah membuat laporan polis mengenai ancaman orang kurang siuman.


Pekerja Am yang mahu dikenali sebagai Pak Ali, 63, berkata, walaupun tidak pernah berlaku sebarang kes jenayah, namun, langkah berjaga-jaga harus diutamakan.

“Dengan adanya pondok polis di sini, ia dapat mengelak berlakunya kes jenayah seperti mencuri serta dalam masa sama menjaga keselamatan pekerja dan pengguna bas ekspres”, katanya stesen bas itu hanya sesak ketika tiba musim cuti penggal institusi pengajian tinggi di kawasan itu.

Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara Dungun, Nurazwani Ridhuan, 21, berkata, suasana sunyi itu menimbulkan rasa takut terutama apabila bas ekspres lewat daripada masa yang ditetapkan.

“Saya pernah diganggu sekumpulan mat rempit dan diganggu orang kurang siuman yang meminta wang serta memaki hamun dengan perkataan kesat”, katanya.

sumber : bharian.com

163 Maut Dalam Kemalangan Di Terengganu Dalam Tempoh Enam Bulan Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Seramai 183 orang maut dalam kemalangan jalan raya di negeri ini dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.


Berdasarkan statistik itu, secara purata setiap hari berlaku satu kematian akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata angka itu menggambarkan satu keadaan yang membimbangkan.


Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan polis Kontinjen Terengganu di sini pada Khamis, beliau berkata pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terutama pada musim perayaan ini.


Mengenai jenayah indeks di Terengganu, Mohd Shukri berkata sebanyak 2,486 kes jenayah dilapor dalam tempoh Januari hingga Julai lepas berbanding 3,361 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.


Jumlah kes yang dilapor itu menunjukkan penurunan sebanyak 26.03 peratus dan daripada jumlah kes yang dilapor itu, sebanyak 1,287 kes berjaya diselesaikan, katanya.

sumber ; bernama.com

Wednesday, August 4, 2010

Bahang Pemuda Bersamamu Musim ke 6 mulai terasa



oleh : Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda Dun Sura

Agenda kebajikan sudah pasti semakin rancak dan bertaliarus memenuhi hari-hari sepanjang bulan Ramadhan,bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat yang telah disediakan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya yang beriman.

Di antara ibadat yang sangat digalakkkan dalam bulan ini termasuk juga amalan bersedekah buat golongan yang memerlukan di antaranya yang fakir,miskin,kurang upaya dan anak yatim di mana golongan ini tidak harus diabaikan malah perlu diberi perhatian yang lebih bersungguh oleh masyarakat bagi memastikan keperluan dan keselesaan hidup mereka ini lebih terjamin.




Dewasa ini,dalam suasana cengkaman ekonomi yang semakin merosot dan meruncing telah memberi kesan kepada kenaikan harga barang keperluan seperti beras,gula,petroleum,gas LPG serta berbagai lagi barang keperluan lain yang sudah semestinya ianya lebih membebankan dan memeritkan di mana kita semua maklum ianya adalah di antara kegagalan pihak kerajaan pada hari ini mengurus dan mentadbir ekonomi negara yang hanya meninggalkan slogan ‘rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan’ternyata hanyalah retorik dan omongan kosong,lebih-lebih lagi dirasai oleh golongan ini.

Menyedari akan situasi ini,justeru pemuda PAS Dun Sura dengan penuh rasa bertanggungjawab dan sikap cakna telah menggerakkan seluruh anggota melibatkan setiap UPU serta cawangan dalam Dun Sura untuk menjayakan program Pemuda BersamaMu musim ke enam.


Baca lagi DI SINI

PAS Terengganu Beri Tumpuan Kesemua 32 DUN & 8 Parlimen Dalam Menghadapi PRU-13

PAS Terengganu memberi tumpuan terhadap kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini termasuk lapan kawasan parlimen.

Hingga kini, PAS Terengganu berpuas hati dengan segala persiapan jentera parti di setiap peringkat Dun-Dun yang dilawati sejak setahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian selepas Mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu di Felda Tenang, Hulu Besut, hari ini.

[Gambar: Abdul Wahid (kanan), Yahaya (kiri) beserta anggota Dewan Harian PAS Terengganu menjamu durian selepas selesai mesyuarat.]

“Alhamdulillah, ini lawatan terakhir kita dan selesai 32 Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita bermula di Dun Kota Putra, Besut dan berakhir di Dun Hulu Besut ini.

“Kita tumpu kepada semua 32 Dun di Terengganu ini. Maknanya, seluruh negeri Terengganu termasuk di lapan kawasan parlimen,” tegasnya.

Menurutnya, PAS negeri berpuas hati dengan persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang.

Katanya, petugas parti sedang melakukan persiapan dengan mengaktifkan bilik gerakan termasuk membuat pendaftaran pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pertama (lawatan) dapat melihat serta meninjau tentang tahap persiapan dan perkembangan gerak kerja yang dilakukan di Dun-Dun seluruh negeri Terengganu.

“Keseluruhannya, kita rasa puas hatilah kerana jentera kita telah pun digerakkan. Mereka bersedia untuk bekerja ke arah mempersiapkan lagi jentera parti.

“Insya Allah, kita rasa dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini, kita mampu untuk memberikan suatu kekuatan yang lebih mantap di seluruh negeri Terengganu,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha PAS negeri, Yahaya Ali berkata PAS Terengganu berusaha menggerakkan semua lajnah-lajnah serta portfolionya.

Menurutnya, PAS Terengganu juga telah menyiapkan draf ‘road map’ (peta jalan) termasuk dalam perkara berkaitan manifesto pilihan raya.

“Road map ini sudah pun kita bentangkan dari segi drafnya. Isu-isu penting dalam ‘road map’ itu pun telah kita kemukakan termasuk dalam perkara yang berkait dengan manifesto.

“Road map ini iaitu kita berusaha untuk menggerakkan semua lajnah-lajnah dan portfolio yang kita bentuk supaya semuanya dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya ini.

“Road Map ini bukan sahaja untuk peringkat negeri sebenarnya tetapi akan diperturunkan ke peringkat yang lebih bawah sehingga ke Dun dan cawangan,” jelasnya.

Menurutnya, salah satu agenda PAS dalam lawatan tersebut mengadakan dialog dengan para petugas di peringkat akar umbi.

Apa yang penting, katanya rumusan dari program lawatan ke Dun-Dun tersebut mempunyai kesan yang positif kepada Dun dan cawangan PAS di seluruh negeri.

sumber : Harakahdaily

Tuesday, August 3, 2010

Ceramah Hj Jamuliddin Elias Di DUN Sura 4 Ogos, Sumbangan Derma Kepada Anak-Anak Yatim

Seperti tahun lalu, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sekali lagi menggerakkan usaha untuk meringankan bebanan anak-anak yatim sekeluarga, khususnya di DUN Sura menjelang Syawal nanti.


Sehubungan dengan itu, pihak Lajnah Penerangan DUN Sura telah mengusahakan satu ceramah pada Rabu, 4 Ogos bagi mengumpul derma untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim yang dijadualkan pada awal September ini.

Menurut Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, penceramah utama pada malam tersebut ialah Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Jamuliddin Elias, yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini yang akan menceritakan pengalaman beliau sepanjang operasi yang telah mengorbankan seramai 9 orang syuhada itu.

" Mengiringi Haji Jamuliddin ialah ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli selaku tuan rumah yang dijangka mengupas isu-isu politik semasa dalam dan luar negeri ", tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Haji Zakariah Yusoff menyeru warga DUN Sura khususnya hadir beramai-ramai sambil menyumbang derma untuk diagihkan kepada anak-anak yatim menjelang Aidilfitri nanti.

" Selain usaha gigih yang dilakukan oleh ADUN Sura, kami turut memerlukan prihatin dan sumbangan derma orang ramai bagi menjayakan program yang telah dirancang ini "

" Berdasarkan pengalaman tahun lalu, seramai 100 orang lebih anak-anak yatim dan keluarga mereka telah menerima sumbangan sempena Syawal yang melibatkan kos hampir RM10 ribu, jadi saya benar-benar berharap agar para dermawan sudi menghulurkan derma ikhlas masing-masing untuk menjayakan aktiviti kali ini ", ujar beliau.

Wednesday, July 28, 2010

Kita Patut Pandang Ke Depan Dengan Satu Matlamat Mendaki Putrajaya - Mohamad Sabu

PERMATANG PAUH, 29 Julai : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) menyifatkan pendapat yang mengatakan jika Umno kalah, maka Melayu juga kalah atau mundur adalah tahyul dan merupakan satu tafsiran mengarut.

Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan tahyul itu bahawa sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya nanti, masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun.

Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.

"Bila Umno kalah, PAS dan PKR pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni, kita akan urus tadbir negara dengan baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti malam tadi.

Katanya, pemimpin Umno sanggup menggertak supaya orang Melayu jangan mengundi PAS atau PKR yang digambarkan sebagai petualang bangsa kerana kononnya menggadai maruah kepada kaum lain.

"Sekarang ini biarlah Umno dan Barisan Nasional (BN) nak gelarkan apa pun, kita jangan peduli. Kita patut pandang ke depan dengan satu matlamat mendaki Putrajaya kerana jalan tersebut boleh menyelamatkan maruah negara yang sudah tercalar di mata dunia," tegasnya.

Rakyat, ujarnya wajar menilai kepimpinan PAS di Kelantan, Terengganu sebelum tewas pada pilihan raya ke-11 lalu dan terkini di Kedah, adakah gagal melaksanakan tanggungjawab mentadbir dengan baik.

Jawapannya, kata beliau pasti lebih cemerlang berbanding Umno dan BN kerana pentadbiran mereka penuh dengan penyelewengan, pembohongan fakta dan penipuan.

"Sebagai kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat, saya lihat sudah ada kemahiran dan pemimpin tidak melatah seperti sebelum pilihan raya 2004 yang mana DAP lari keluar yang akhirnya kita kalah sebagai pakatan pembangkang," katanya.

Namun, katanya kini Umno memainkan rentak yang sama iaitu isu Melayu untuk bersatu dengan PAS.

Menurutnya, mereka menggunakan mufti untuk kepentingan politik sempit padahal peranan mufti menasihati tingkah laku kepimpinan Umno yang terlalu banyak penyelewengan sehinggakan rakyat terpaksa menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Mufti pun jadi kalut sekarang ini nak satukan PAS dan Umno. Saya dengar 'geli' bila sebut tentang kerjasama PAS dan Umno. Nak kerjasama macam mana, depan ajak elok dengan senyuman sampai ke telingga tapi di belakang mereka panah kita dengan anak panah berbisa.

“Lupakanlah kerjasama tu kerana yang penting biar Umno karam manakala kita daki Putrajaya bersama parti dalam Pakatan Rakyat yang lain," tegas beliau.

sumber : Harakahdaily

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura