Wednesday, July 28, 2010
Risalah kartun untuk edaran
Monday, July 26, 2010
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa Terima Sumbangan Kertas Daripada Y.B. ADUN Sura
Turut hadir mengiringi penyampaian sumbangan ini ialah Encik Lu Chee Ann, 27, yang mewakili Kelab Penyokong PAS Kawasan Dungun.
Monday, July 19, 2010
Gandingan 2 Anak Tok Guru Di DUN Sura 22 Julai
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ust Mohd Khalil Abdul Hadi akan menyampaikan ceramah mereka di Jalan Ustaz Omar Shukri sempena Ops Al-Falah DUN Sura.Dua orang pimpinan pemuda ini akan berceramah bersama Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, selaku tuan rumah pada siri penerangan kali ini.
Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab berkata, bahawa julung kalinya 2 orang anak tok guru ini digandingkan sepentas di Dungun.
" Kita yakin bahawa dua penceramah ini memiliki aura tersendiri dalam memikat pendengar, terutama dalam menangkis hujah-hujah dangkal BN-UMNO yang melabel PAS sebagai parti ajaran sesat, selain isu-isu semasa lain yang diputarbelitkan oleh pihak media tempatan ", ujar beliau.
" Sementara itu, selaku tuan rumah Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan dijangka lebih menumpukan isu-isu tempatan selain kupasan secara umum isu-isu peringkat kebangsaan ", tambah beliau lagi.
" Saya mengambil kesempatan ini, mengajak warga DUN Sura khususnya dan Dungun amnya, tanpa mengira latar belakang politik, agama dan bangsa dapat meluangkan masa masing-masing hadir mendengar sendiri ceramah yang akan disampaikan oleh ketiga-tiga penceramah tersebut ", Encik Ahmad Roslin mengakhiri bualan beliau.
Friday, July 16, 2010
NGO Bantah Persidangan FBI Di Kuala Lumpur 18 - 23 Julai
Kami mewakili organisasi pertubuhan awam membantah dengan sekeras-kerasnya Persidangan FBI National Academy Associates Asia Pasifik ke 13 daripada 18 hingga 23 Julai 2010 di Garden and Residences, Mid Valley, Kuala Lumpur. FBI atau Federal Bureau of Investigations (Biro Siasatan Persekutuan) merupakan cabang militan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain.
Adalah amat memalukan pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis AS yang menyeksa umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan.
National Academy melatih pegawai kanan polis dari AS serta mereka dari luar AS termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, Israel dan lain-lain negera. Walaupun latihannya terang-terang untuk memajukan kepakaran penguatkuasaan undang-undang, ia juga menyampaikan maklumat kepada pelatih persepsi AS berhubung isu global.
Contohnya, pelatih akan diasak dengan kepentingan dan keperluan untuk memerangi keganasan global. Pergerakan Pembebasan Kebangsaan seperti Hezbollah, Hamas dan penentangan terhadap penduduk AS di Afghanistan dikategorikan sebagai pengganas.
Menurut laman sesawang FBI, pelatih akan dibawa untuk mengunjungi Muzium Holocaust di Washington DC sebagai ‘komponen moral dan etika untuk latihan.’ Sudah tentu agenda tersembunyi ini adalah untuk melahirkan simpati untuk zionis, mengesahkan penubuhan Israel di tanah Palestin dan untuk mewajarkan dasar pro-Israel oleh AS. Kunjungan itu dilakukan dengan kerjasama Anti-Defamation League, pertubuhan zionis yang menganggap kritikan terhadap pendudukan oleh Israel dan kekejamannya sebagai anti-Semitik.
Latihan pegawai kanan polis di National Academy merupakan sebahagian daripada dasar AS untuk mempengaruhi mereka yang berada dalam kedudukan penting di dalam institusi penting seperti polis, tentera, kehakiman, parlimen, NGO yang akan menjaga kepentingan AS. Di Iraq dan Afghanistan pihak FBI telah melatih beratus pegawai yang akan memastikan negara itu terus menjadi pengikut kepada AS apabila tenteranya meninggalkan negara itu.
Tumpuan AS di wilayah ini kini adalah terhadap Indonesia, yang mempunyai penduduk Islam paling ramai, dijangka memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa dalam masa terdekat. Ketua Hakim Indonesia baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan East-West Center di Honolulu untuk melatih hakim, pendakwa, polis dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan mengenai bagaimana untuk memperbaiki mahkamah Indonesia berhubung isu hak asasi manusia.
Washington sudahpun menarik balik sekatan jualan dan bantuan ketenteraan yang dikenakan ke atas Indonesia sewaktu rejim Suharto. Pasukan polis elit Indonesia unit Detachment 88 yang merupakan polis unit anti pengganas mendapat latihan di AS dengan bekerjasama rapat dengan CIA, FBI dan unit perisik Australia dalam mengesan jejak ‘pengganas’. Menurut laporan Reuters, sekitar 2,800 pegawai tentera Indonesia pada masa ini sedang menjalani latihan di AS.
baca artikel penuh...di sini.
Thursday, July 15, 2010
Kenaikan Harga Barang : Segera Mendaftar Sebagai Pemilih, Tolak BN Di PRU-13 !
|
Selain mengecam kenaikan harga minyak, beliau turut menjelaskan bahawa langkah menaikkan harga lima hingga enam barang keperluan asasi yang lain bukanlah langkah mengurangkan subsidi. Sebaliknya, langkah tersebut menurut beliau, patut dilihat sebagai tindakan kerajaan menaikkan harga barang serta membebankan rakyat. "Jangan terkeliru dengan pembohongan Najib kononnya kerajaan kurang subsidi, sebenarnya kerajaan naikkan harga barang-barang ini. "Naik harga maknanya naik kos sara hidup, naik kos sara hidup maknanya membebankan rakyat," tegasnya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menganggap Najib menghina rakyat dan institusi rakyat, iaitu Parlimen kerana Najib membuat pengumuman sejurus selesai sesi parlimen, petang semalam. "Elok-elok selesai sesi Dewan Rakyat, baru dia (Najib) buat pengumuman tanpa membawa isu kenaikan ini dalam dewan. "Dia hina rakyat, dia hina wakil-wakil rakyat, dia hina Parlimen, dia bohong kita semua kononnya dia sudah mendapat maklum balas positif tentang kenaikan ini," ujarnya lagi sambil mencabar Najib menjelaskan inti maklum balas sebenar rakyat seperti yang diumumkan semalam. Beliau turut mempertikai alasan Najib kononnya kerajaan berjaya menjimatkan RM750 juta tahun ini dengan kenaikan beberapa bahan keperluan itu. "Kalau RM750 juta itu satu langkah penjimatan, kenapa rakyat ditimpa rugi dari impak kenaikan harga barang-barang ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mencabar Pemuda Umno Malaysia untuk menyatakan protes berhubung isu yang membabitkan kepentingan rakyat itu. "Kenaikan-kenaikan ini umumnya lebih kurang RM4 sebab semua barang terbabit digunakan kita semua, Pemuda Umno bersukaria atau sedia terima cabaran menentang Najib. "Pemuda PAS jelas menentang ini semua, pemuda Umno takkan sokong langkah bodoh ini," ujar beliau ketika menghubungi Harakahdaily. Dengan kenaikan beberapa harga barangan keperluan itu, katanya lagi, wajar menjadi motivasi kepada anak muda untuk giat mendaftar diri sebagai pengundi. Dengan berbuat demikian, tambahnya lagi, mempu mengukuhkan sokongan rakyat menolak BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. "Sokongan yang ada pun Umno takut, kena cepat-cepat daftar (pengundi) supaya kita makin kukuh untuk tolak kabinet Najib nanti," ujarnya lagi. sumber : Harakahdaily |
Sunday, July 11, 2010
ADUN Sura Sumbang RM1,000 Kepada Squad Bolakeranjang Negeri Terengganu
Beliau yang hadir dalam satu majlis makan malam bersama masyarakat Tionghua di Batu Enam dekat sini telah ditemui oleh seorang pegawai pasukan bolakeranjang tersebut.
"Saya bersetuju untuk memberi sedikit sumbangan kepada pasukan bolakeranjang bagi membantu meringankan beban kewangan kerana mereka akan mewakili negeri Terengganu dalam kejohanan peringkat nasional di Bintulu, Sarawak, pada bulan Disember nanti," katanya ketika ditemui Buletinonline selepas majlis yang diadakan orang kaum Tionghua setempat sempena kedatangan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Sebelum itu, ketika berucap meraikan majlis tersebut, beliau yang juga Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Dungun merakamkan ucapan terima kasih kepada kaum Tionghua yang menjemput beliau hadir dalam majlis itu.
Menurutnya, walaupun beliau adalah wakil rakyat kawasan Sura, namun khidmatnya adalah untuk seluruh Dungun, atas tanggungjawabnya sebagai YDP PAS Kawasan Dungun.
Oleh itu, beliau berharap kaum Tionghua dapat bersama-sama kebangkitan rakyat di seluruh negara sekarang ini, menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.
"Parti PAS, PKR dan DAP telah bersepakat dalam Pakatanh Rakyat untuk menuju ke Putrajaya dan membentuk kerajaan yang adil dan telus,tanpa mengira bangsa dan agama,
"menghapuskan rasuah dan penyelewengan untuk satu negara yang lebih baik bagi anak cucu kita dan generasi masa depan", jelasnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Terengganu, Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat dan aktivis hubungan antara kaum Puan Serena Lim.
sumber : BuletinOnline
sila baca artikel berkaitan...
Sekitar Majlis Makan Malam Bersama Warga Tionghua
Friday, July 9, 2010
Ahmadinejad : Amerika 'Diktator Global'
kemuncak D-8 di Abuja, Nigeria.
Era pemerintahan diktator sudah tamat, kata pemimpin itu yang merujuk kepada Amerika kepada beratus-ratus orang di kedutaan Iran di sini yang dialih bahasa oleh seorang penterjemah.
Ahmadinejad meneruskan nada lantangnya mengutuk dua negara itu ketika negaranya dikenakan sekatan baru oleh negara Barat berhubung program nuklearnya.
Kehadiran Ahmadinejad dan kata-katanya disambut dengan tepukan gemuruh penduduk tempatan yang melaungkan warga Nigeria menyokong Iran.
Nigeria adalah negara di sebelah Afrika Barat dan separuh daripada 150 juta rakyatnya beragama Islam.
Kita akan menamatkan pendirian penduduk Palestin. Pelarian Palestin akan pulang ke tanah air mereka, kita akan sambut kemenangan tidak lama lagi, kata Ahmadinejad.
Sekatan terbaru ke atas Iran dikenakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu diketuai oleh Amerika dan Kesatuan Eropah yang mengumumkan tindakan tambahan ke atas Teheran.
Kerajaan Barat mengesyaki program nuklear Iran sebenarnya bertujuan membina senjata atom meskipun berkali-kali dinafikan oleh Teheran yang menegaskan ia semata-mata untuk mengumpul tenaga dan penyelidikan perubatan.
Angka Bunuh Diri Tentera Israel Meningkat
Majalah terkenal Israel, Yediot Ahronot, mendedahkan bahawa jumlah tentera Israel yang membunuh diri telah meningkat ke tahap yang tidak disangka, sementara pasukan tentera Israel sedang berusaha melaksanakan strategi baru untuk menghadapi masalah.
Majalah itu menambah bahawa 19 orang membunuh diri pada separuh pertama tahun ini dan 21 orang pada tahun lepas dan 30 orang membunuh diri pada dekad lepas. Jumlah tersebut mencapai 35 pada tahun 2005. Tahun-tahun 2006 dan 2007 menyaksikan penurunan statistik bunuh diri apabila jumlah yang membunuh diri tidak melebihi 24 yang membuatkan Israel lebih bimbang.
Angka-angka telah memberi kesan yang besar di antara tentera yang telah menyiapkan rangkaian program untuk membolehkan para tentera untuk menghadapi situasi yang tidak stabil dan gangguan psikologi daripada askar banyak yang menderita.
Yediot Ahronot menggambarkan pihak tentera telah mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah ahlinya dan pegawainya yang dibenarkan untuk membawa senjata mereka ke rumah. Sementara itu, sumber tentera berkata bahawa penyiasatan intensif telah dilakukan menunjukkan bahawa insiden membunuh diri tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan tentera mereka dan bahawa angka ini mungkin tidak berhenti pada tahap ini.
“Kes ini telah menjadi sangat sensitif, dan akan dipantau dengan terperinci,” Sebuah sumber rasmi di ketenteraan memberitahu. “Kami mengadakan banyak perbincangan tentang masalah ini, dan setiap kes diselidiki dengan dalam dan terang keadaan sekitarnya dan kami akan terus bekerja pada ini ..” sumber itu menambah.
sumber : palestinkini.info


