Friday, July 9, 2010

Cikgu Bard Ditahan Polis, Beberapa Anggota Polis Telah Hadir Sejak Awal Di Perkarangan Pejabat Tersebut

REMBAU, 9 Julai : Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Bard, ditahan pihak polis dan kini dibawa ke ibu pejabat daerah Seremban.

Difahamkan, beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau ditahan sekumpulan 15 anggota polis ketika baru sahaja hendak mempengerusikan mesyuarat PKR Cabang Rembau di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang, jam 9 malam ini.

Sumber memberitahu, beberapa anggota polis telah hadir sejak awal di perkarangan pejabat tersebut.

Penahanan Cikgu Bard belum diketahui puncanya.

Kini beliau sedang diambil keterangan di IPD Seremban dan beberapa penyokong PKR turut berada di balai polis.

sumber : Harakahdaily

Thursday, July 8, 2010

Rakyat Hanya Menunggu Hari Pengundian Untuk Mengajar Kesombongan Dan Kebiadapan UMNO-BN

Perkembangan terkini dalam negara menunjukkan bahawa pilihan raya Umum ke-13 semakin hampir. Dalam beberapa siri pilihan raya umum yang lalu, antara petanda yang cukup jelas detik pilihan raya umum ialah media milik Pakatan Rakyat disekat untuk menutup minda rakyat negara ini daripada mendapat pandangan kedua selain daripada media milik atau kroni Umno-BN.

Penggantungan tak bertali permit Suara Keadilan oleh KDN dan amaran kepada Harakah dan Roket menunjukkan Umno-BN hilang punca untuk mengendurkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagi saya sekatan kepada mana-mana media milik Pakatan Rakyat akan menjadi senjata makan tuan kepada Umno-BN. Saya yakin sekatan ini akan menyebabkan simpati dan sokongan kepada Pakatan Rakyat akan meningkat.


Kehadiran dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat akan kembali melimpah dengan kebanjiran orang ramai yang dahagakan maklumat.

Saya juga yakin pemilik blog dan portal yang menyokong Pakatan Rakyat akan menggiatkan usaha untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Secara tidak langsung penyebaran maklumat akan lebih cepat, tersusun dan meluas.

Bagi saya rakyat hari ini sudah semakin bijak untuk memilih siapa wakil rakyat mereka. Buatlah apa cara sekali pun, semua ini tidak akan mengubah sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Rakyat hanya menunggu hari pengundian untuk mengajar kesombongan dan kebiadapan Umno-BN yang berterusan melakukan penyelewengan, skandal dan salah guna kuasa sehingga menyebabkan situasi politik dan ekonomi negara berada dalam keadaan yang sangat tenat.

Hanya ada satu cara untuk membetulkan kepincangan yang ada iaitu dengan memastikan Umno-BN menjadi pembangkang selepas PRU ke 13.

sumber : Harakahdaily

Stadium RM292 Juta Runtuh, Tiada Kena Dakwa

Tidak ada orang kena dakwa walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bernilai RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan.

Ahli Parlimen Kawasan Taiping, Nga Kor Ming hari ini mendedahkan walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang menelan belanja RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan setelah pembukaan rasmi, tidak ada sesiapapun didakwa atas kejadian yang menjejaskan imej Negara.

Nga Kor Ming berkata di parlimen hari ini, mengikut jawapan dari Menteri Kerja Raya, Shaziman, kontraktor utama projek berkenaan, iaitu Konsortium Bina Struktur-Emarcon-Genggam Mercu JV telah diarahkan oleh kerajaan Negeri Terengganu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa keruntuhan bumbung di Stadium itu kerana projek itu masih dalam tempoh warranti semasa kejadian runtuhan berlaku.

Walau bagaimanapun, kontraktor konsortium itu enggan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa runtuhan dan pembaikan walaupun beberapa surat peringatan telah dikeluarkan kepada pihak Kontraktor. Oleh itu, kerajaan terpaksa menawarkan tender baru pada 22 Mac 2010 untuk membersihkan sisa runtuhan Stadium yang menganjurkan SUKMA 2009 tersebut. Tender tersebut telah ditutup pada 19 April 2010.

Menurut Menteri berkenaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) telah menggantung lesen pendaftaran kontraktor utama projek tersebut dan mengenakan tindakan senarai hitam kepada Ahli Ahli Lembaga Pengarah dan pengarah sahamnya dari mengambil bahagian dalam mana-mana tender kerajaan mulai 4 September 2009.

Nga Kor Ming (gambar kanan) berkata, berbanding dengan Singapura, tindakan kerajaan jelas gagal mencegah kejadian sedemikian dari berlaku pada masa depan kerana pihak yang mengakibatkan keruntuhan stadium dan kerugian harta kerajaan tidak perlu menghadapi tindakan Mahkamah.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah mengambil iktihbar dari siri kejadian projek-projek kerajaan yang menjejaskan imej Negara.

"Di depan mata kita, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bumbungnya bocor, bangunan parlimen yang menghadapi kebocoran sama, Hospital Pandan, Johor Bharu yang dijangkiti fungi, Masjid Besut Terengganu yang runtuh, Bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak yang runtuh hancur berkecai, Jejantas Kepong yang retak dan begitu banyak contoh kesemuanya mencerminkan tanda-tanda kejatuhan kerajaan Barisan Nasional." tegas Nga.

Nga Kor Ming menyeru supaya semua projek pembinaan awam dipilih menerusi sistem tender terbuka yang telus demi membela kepentingan awam dan mengelakkan kos pembinaan projek-projek awam melambung tinggi sehingga menyebabkan Negara rugi RM28 billion saban tahun dan mengelakkan Negara terus dilanda ledakan hutang Negara yang menggunung sehingga RM378.3 billion setakat 31 Mac 2010.

sumber : merdekareview.com

HAMAS Mengecam Pertemuan Fayyad-Barak

KHAMIS, 08 Julai - Hamas, saingan gerakan Fateh, sangat mengecam pertemuan antara Perdana Menteri Palestin, Dr Salaam Fayyad, dan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.

Hamas mengatakan bahawa Fayyad adalah Perdana Menteri “kerajaan tidak berperlembagaan”, dan pertemuan itu adalah hasil tekanan dari Amerika Syarikat dalam usaha untuk “mengaburi mata rakyat”, terutamanya selepas serangan maut yang dilakukan rejim Zionis kw atas armada Kebebasan(Flotilla) Mei lalu.

Gerakan tersebut juga mengatakan bahawa pejabat Fateh di Tebing Barat mengadakan beberapa pertemuan dengan para pegawai Israel di Ramallah.

Pertemuan tersebut hanya bertujuan meneruskan penyelarasan keselamatan di antara Israel dan pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat, dan menambah bahawa penyelarasan tersebut hanya untuk “menutup kejahatan Israel terhadap rakyat Palestin yang dikepung di Gaza selama lebih daripada empat tahun “.

sumber : palestinkini.info

Wednesday, July 7, 2010

Y.B. Tian Chua Berceramah Di Kg Alor Tembesu, Dungun 10 Julai

DUNGUN 7 Julai, Rabu - Ahli Parlimen Batu, Y.B. Tian Chua akan berkunjung ke Dungun pada 10 Julai, Sabtu untuk menyampaikan ceramah umum di Kampung Alor Tembesu, Dungun, Terengganu.

Turut diundang berceramah bersama Y.B. Tian Chua ialah Ustaz Ridhuan Hashim, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Nageri Terengganu.

ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, selaku Pengarah MTD Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun turut sama berceramah sebagai tuan rumah.

Sehari sebelumnya, 9 Julai Jumaat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan ceramah di Masjid Lama Sura, Dungun, Terengganu. Bersama DSAI ialah Y.B. Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub, Haji Abdul Rahman Yusof dan Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

PRU-13 : Tabung Buluh Mula Dipecahkan

DUNGUN 7 Julai, Rabu - Pelbagai cara digunakan untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Di antara qaedah yang digunakan ialah melalui pengumpulan wang serta syiling yang disimpan di dalam tabung buluh.
Di DUN Sura, tabung buluh yang mula diagihkan pada Februari lalu, mula dipecahkan penghujung Jun baru-baru ini.
Pengarah MTD Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut berada di dalam majlis tersebut, sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat AJK MTD Sura pada malam tersebut.






Sementara itu, Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mempertahankan kemenangan DUN Sura dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Tuesday, July 6, 2010

Laut Terbelah Di Korea

Keajaiban di Pulau Jindo bentuk laluan sementara 2.8 kilometer selama sejam

APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun.



Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

baca artikel penuh...di sini.

Friday, July 2, 2010

(Video) Peringatan Untuk Penyebar Berita Bohong - TGHH




baca artikel di bawah...
Menyebar Maklumat Bohong Ke Neraka
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura