| Harakahdaily Fri | Nov 06, 09 | 2:40:11 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Nov : PAS mencabar Kerajaan Persekutuan merujuk isu royalti petroleum kepada bekas ketua hakin negara, Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petroleum 1974 sewaktu menjadi peguamcara negara dan Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu merupakan menteri kewangan. Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan turut meminta supaya permohonan kerajaan Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu segera dibuka dan perbicaraan yang adil dan telus dilaksanakan, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar. Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan bermula tahun depan telah menafikan kewujudan perjanjian petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar. Perjanjian ini juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000. "Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu," katanya. Bukti-bukti mengenai perjanjian ini juga katanya banyak tercatat secara bertulis dan boleh dibaca oleh rakyat. Antaranya boleh dilihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain. Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Wong See Wah) menyatakan : "..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak". Sehubungan itu, pemngumuman pemberian wang ehsan oleh Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu,seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dengan memberikan royalti minyak, bukan wang ihsan. PAS juga yakin pembatalan royalti petroleum kepada kerajaan Terenggganu dilakukan atas sebab dendam politik Barisan Nasional setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 serta desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung Umno. Kini, rakyat negeri Kelantan pula yang menjadi mangsa dendam Umno BN "Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi," katanya. > berkaitan...NAJIB SELEWENG FAKTA HAK ROYALTI MINYAK KELANTAN |
Friday, November 6, 2009
PAS Cabar Pusat Rujuk Perjanjian Petroleum 1974
Seminar 7 Nov : Terbuka Dan Telus
| Harakahdaily Fri | Nov 06, 09 | 4:08:24 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Nov : Walaupun sedar seminar memperkasakan parti Sabtu ini bakal panas, PAS memutuskan untuk membuka seluas-luasnya seminar ini kepada semua pihak. Ia akan dijalankan dengan telus dan terbuka kepada semua pihak untuk menjadi pemerhatinya di samping liputan dari pelbagai jenis media. Demikian dinyatakan oleh Pengarah Seminar, Salahudin Ayub kepada Siasah. Program sehari suntuk ini akan dimulakan dengan Ucapan Utama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi akan memberikan ucapan yang bertajuk "Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan raya ke 13." Selepas ucapan itu, sessi percambahan minda akan diadakan di mana ahli penal khas telah dijemput iaitu Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari UIA dan Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM. "Ini bertujuan untuk membolehkan para pimpinan PAS dari semua peringkat ini akan dapar mendengar pandangan dari pihak luar secara terbuka dan berterusterang," kata Salahudin. Di samping kedua-duanya, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan turut serta sebagai penal untuk berdialog secara terbuka dengan para peserta seminar. Pada sebelah petangnya, kata Salahudin, sessi membahaskan ucapan Presiden akan diadakan. Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memberikan ucapan penutup sebelum resolusi seminar dibacakan. Menurut Salahudin, peserta yang dijemput ke seminar ini adalah Ahli Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat, AJK dewan-dewan peringkat pusat, anggota Dewan Harian Perhubungan PAS negeri-negeri. Turut dijemput sebagai peserta adalah Yang Dipertua PAS, Setiausaha, Ketua Penerangan, ketua-ketua dewan dan ketua Urusan Ulama peringkat kawasan. Di samping mereka, Adun, anggota Parlimen dan anggota Dewan Negara PAS juga dijemput. Pengerusi dan timbalan Pengerusi Tetap PAS juga dijemput sebagai peserta. _ |
Thursday, November 5, 2009
M'sia - Singapura Lebih Baik Jika PR Perintah Negara
| Harakahdaily Thu | Nov 05, 09 | 10:36:52 pm MYT | |
| SINGAPURA, 5 Nov : Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi jaminan, hubungan Malaysia dan Singapura akan lebih rapat lagi jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini. Jaminan ini diberikan beliau ketika memberikan syarahan khas dalam program anjuran Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Singapura, di sebuah kelab dekat sini pagi tadi. Menurut Mustafa, jaminan ini juga telah diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dikunjungi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sebelum ini. "Bukan sahaja hubungan kita akan kekal, saya memberi jaminan ia akan bertambah baik," katanya di hadapan para ahli akademik, ahli politik Singapura dan juga para wartawan. Turut serta mendengarnya adalah Menteri Negara bagi hal Ehwal Luar Singapura, Zainul Abidin Rasheed. Mustafa memberikan syarahan khas bertajuk 'Perkembagan Terkini PAS dan Pakatan Rakyat' yang dianjurkan oleh RSIS. (Gambar : Mustafa bersama Zainul Abdin di depan Masjid Sultan, antara masjid yang tertua di Singapura) Dalam majlis ini juga, Mustafa menegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno bahkan akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. "Memang saya mengaku, saya antara yang bertemu Perdana Menteri Abdullah Badawi selepas pilihan raya umum 2008 lalu tetapi pada malam itu juga kita telah memutuskan menolak tawaran Umno untuk bekerjasama," katanya. Menurut Mustafa, seminar khas anjuran PAS Sabtu ini juga akan memperkukuhkan lagi komitmen PAS dengan Pakatan Rakyat. Dalam seminar ini, katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberikan ucapan khas ke arah memperkukuhkan Pakatan Rakyat. "Kami yakin, PAS dan PKR akan mampu menggantikan Umno bagi menjaga kepentingan politik orang Melayu," katanya. Selain memberikan syarahan khas itu, Mustafa telah diraikan oleh Menteri Negara Singapura dalam satu majlis makan tengahari yang disertai oleh para pegawai kanan Singapura dan juga RSIS. Pada sebelah petangnya, menteri itu sendiri menjadi 'pemandu pelancong' beliau untuk melihat Istana Kampung Gelam yang kini menjadi muzium Tamadun Melayu di Singapura. Di sana, kerajaan Singapura melalui satu yayasan yang dipimpin Zainul Abidin menyimpan sejarah perkembangan orang Melayu di Singapura. |
Wednesday, November 4, 2009
Lagi...Gambar-Gambar Hari Keluarga DUN Sura 2009
Najib Seleweng Fakta Hak Royalti Minyak Kelantan
| HAZAYANI ZAKARIA Wed | Nov 04, 09 | 5:26:31 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 4 Nov : Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan. Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak. Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan. "PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi. Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan. "Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan. Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih. Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS � Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu. "Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty," tegasnya. Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu. "Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir," "Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan," katanya yang juga Naib Presiden PAS. Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan. "Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri," katanya. Khalid Samad (PAS � Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. "Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat," "Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya. Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS �Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan. Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi. "Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan," "Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?" Soalnya._ > Sila Rujuk : AKTA 144 KEMAJUAN PETROLEUM 1974 |
Pakej Umrah Kepada 'Red Warriors'
| SALMAH MAT HUSAIN Wed | Nov 04, 09 | 4:58:45 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 4 Nov : Kerajaan Kelantan akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai 'hadiah' kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu 7 November ini. Selain itu, mereka juga dibekalkan dengan 'wang saku' sebagai hadiah untuk perbelanjaan sepanjang berada di sana. Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini. Beliau seterusnya berkata selain kesemua pemain, turut serta dalam pekej itu penolong-penolong jurulatih, petugas, pengurus dan timbalan pengurus serta lain-lain yang terlibat. Bagaimanapun menurut Ahmad lagi, jurulatih pasukan 'Red Warriors' B Sathianathan pula akan dibayar sagu hati sebagai tanda penghargaan untuknya. "Kerana dia bukan beragama Islam, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan wang sagu hati kepadanya sebagai hadiah terhadap kejayaannya yang semakin memberangsangkan," ujarnya. Sementara itu, mesyuarat exco yang bersidang hari ini juga turut mengistiharkan cuti peristiwa negeri Kelantan pada hari Ahad, 8 November ini sebagai meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia 2009. Menurutnya, cuti berkenaan diberikan sebagai mengambil kira faktor keselamatan di jalan raya sama ada kepada pemain, penonton atau kepada semua yang terlibat. Jelasnya, semoga dengan cuti peristiwa yang diputuskan itu penyokong akan dapat mengikuti perlawanan itu dengan baik atau sewaktu pulang ke rumah masing-masing. Pada masa yang sama beliau menasihati penyokong bola sepak Kelantan supaya berdisiplin serta mengikuti perlawanan akhir bola sepak itu dengan semangat kesukanan. Jelasnya, kerajaan negeri, rakyat Kelantan keseluruhannya mengharapkan pasukan berjaya membawa kemenangan itu. "Apa yang penting kita jangan terlalu ghairah, pergi dengan keadaan yang tenang disamping membawa semangat kesukanan begitu juga sewaktu pulang ke kampung halaman keesokan harinya," ujarnya. Terdahulu beliau memberitahu kerajaan negeri turut merakamkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) yang telah berjaya membawa skuad merah putih itu ke pertandingan akhir pada 7 November ini. Wakil-wakil kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, Anggota Parlimen dijangka akan hadir menyaksikan perlawanan itu._ |
Tuesday, November 3, 2009
PAS : Dominan Dan Terunggul
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) sudah berada dalam arena politik negara dalam suatu jangka masa yang lama iaitu lebih 55 tahun, sejak ia ditubuhkan pada 23 November 1951. Sepanjang pembabitannya dalam politik negara sejak sebelum merdeka lagi, PAS dikenali oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, sebagai sebuah parti Islam.
PAS memaktubkan dalam Perlembagaannya, bahawa matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
Sebagai sebuah parti Islam, PAS bertanggungjawab mempertahankan kesucian Islam, memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.
baca artikel penuh ... di sini
