Friday, October 16, 2009

Hari Keluarga DUN Sura 2009

DUNGUN 16 Oktober Jumaat - Majlis Tindakan DUN Sura akan menganjurkan Hari Keluarga pada 24 Oktober, Sabtu depan di Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.

Program yang pada asalnya dijadualkan pada 10 Oktober tersebut ditunda ke tarikh baru ini bagi memberi peluang kepada para tenaga utama program yang terdiri daripada Pemuda, Muslimat dan Nisa' DUN Sura untuk turut sama memberi perhatian kepada pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang.

Menurut Pengarah Hari Keluarga DUN Sura, Encik Zakaria Tahir, program yang dijangka bermula jam 8.00 pagi ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara menarik termasuk cabutan bertuah kepada para peserta dan pengunjung.

" Ianya dijangka berakhir sebelum jam 5.00 petang, pelbagai acara telah disusun oleh pihak kami yang dibahagi kepada beberapa kategori umur, dari kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah sehinggalah kategori muslimin, muslimat dan keluarga, " ujar beliau.

" Kepada yang berminat menyertai program ini, bolehlah mendapatkan borang penyertaan melalui Ketua atau Setiausaha PAS Cawangan sekitar DUN Sura dengan kadar segera, kerana borang-borang yang dikembalikan akan diteliti oleh pihak urusetia program supaya penyusunan awal yang melibatkan pengurusan masa dapat dilakukan, " tambahnya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Sura, Encik Mohamed Ibrahim Sini Mohamed mengajak seluruh warga DUN Sura khususnya, tanpa mengira fahaman politik dan batasan bangsa untuk turut sama menyertai program yang dirancang ini.

" Memang menjadi matlamat pihak kami bahawa penyertaan program ini terbuka kepada semua tanpa melihat siapa mereka, berapa umur, parti mana atau bangsa apa pun, " katanya yang merujuk motto Hari Keluarga yang telah dipilih, iaitu " Anda Adalah Keluarga Kami "

Surat Fatimah Gemparkan Baghdad

oleh LAJNAH PENERANGAN DEWAN ULAMA' PAS PAHANG

the_accolade

Cerita ini mungkin sudah lama dan ditelan masa, tapi disebabkan oleh rasa kasihan dan juga marah dengan sikap kafir laknatullah ini, aku tak dapat tahan daripada menyebarkan maklumat yang aku perolehi untuk tatapan kita semua dari kisah seorang hamba Allah di bumi anbiya’ Iraq yang disiksa, dirogol dengan kejam tanpa belas kasihan di penjara Abu Gharib.

Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diseludupkan keluar dari penjara Abu Gharib. Surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan terntara AS. Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad, mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq. Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.

Bismillahirrahmanirrahiim.
(Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.[ Quran, Surat 112 *al-Ikhlas*]) Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku mujahidin di jalan Allah. Apa yang dapat kukatakan padamu? Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu.

Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami . Allahu Akbar. Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami?. Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak. Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya.

Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah. Takutlah pada Allah akan urusan kami.

Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Gharib. Saya saudaramu karena Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan?

Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah. Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua. Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang.

Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentara memukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudah tidak sanggup menerima ini.

Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya. Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha mengampun. Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentara itu, agarkami bisa beristirahat dalam damai. Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami. Waa Mutasimah!.

Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir. Sebarkan agar semuanya bisa mengathaui keadaan ini. Wassalam

Tuesday, October 13, 2009

Wujudkah Pilihan Raya Di DUN Bagan Pinang ?

oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Beberapa tahun yang lalu semasa saya mengendalikan kes petisyen pilihan raya bagi DUN Bangi saya dan Peguam Negara , Tan Sri Abdul Ghani Patail bertelagah tentang makna demokrasi.

Peguam Negara yang memohon Mahkamah membatalkan petisyen yang dikemukakan oleh PAS berhujah bahawa calon BN di Bangi , Amran Kasimin ( pada masa itu ) telah menang dengan majoriti yang besar sekaligus mengalahkan calon PAS iaitu Dr Shafie Abu Bakar. Ghani Patail berhujah bahawa Mahkamah perlu menghormati pilihan rakyat di Bangi kerana majoriti besar dari pengundi di situ mahukan calon BN. Demokrasi, hujah Ghani Patail, adalah tentang suara majoriti iaitu pihak yang menang secara majoriti adalah pihak yang layak dilantik sebagai wakil rakyat.


Ketika menjawab hujah Ghani tersebut saya berhujah bahawa demokrasi bukan soal majoriti semata-mata. Pilihanraya yang bersih , bebas dan adil adalah sine qua non ( ciri utama ) demokrasi. Mana-mana pilihan raya yang tidak bersih, tidak bebas dan tidak adil ia bukanlah satu pilihan raya meskipun diadakan lima tahun sekali kerana pilihan raya sebegitu melanggar ruh dan prinsip demokrasi.

sila baca artikel penuh

Monday, October 12, 2009

PAS Tidak Pernah Kalah !

PEJUANG KITE
Mon | Oct 12, 09 | 10:57:39 am MYT

Sekilas pandang kita kalah dalam PRK di Bagan Pinang tapi secara teori ia memang kalah tapi secara ilmiah nya PAS sudah mencapai kemenangan.

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalangan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponen nya pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi,saya sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Kita sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah SWT harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt:

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail� kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata: Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa

Insya-Allah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta�affin akan sentiasa di lindungi Allah. _

> KEPUTUSAN RASMI N.31 BAGAN PINANG

> 8 PILIHAN RAYA KECIL YANG LALU

Sidang DUN Dipanggil Ganesan Tidak Akan Dihadiri

Hazayani Zakaria
Mon | Oct 12, 09 | 5:07:38 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Okt Isnin - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika ia dipanggil oleh speaker BN, Datuk R. Ganesan.


Nizar yang merupakan Adun Pasir Panjang menegaskan, Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak perlu menghadiri sidang yang akan diadakan itu kerana Ganesan merupakan speaker yang tidak sah dan tidak berhak mengeluarkan sebarang notis panggilan.

Pelantikan Ganesan itu juga melanggar undang-undang Tubuh Negeri Perak. Oleh itu adalah wajar untuk Adun Pakatan Rakyat tidak mengendahkan arahan beliau.

"Kami (ADUN Pakatan Rakyat) tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana Ganesan ialah speaker haram."Tegasnya ketika dihubungi Hakahdaily.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Ganesan akan memanggil sidang DUN pada 28 Oktober ini dan notis panggilan akan dihantar kepada kesemua ADUN hari ini.

Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang memberitahu, pihaknya belum menerima apa-apa notis setakat ini.

"Kami tidak menerima apa-apa surat lagi setakat hari ini. Tapi kalau kami terima notis pun, kami memang tidak akan hadiri persidangan."katanya lagi.

BN DICABAR BUBAR DUN PERAK

Sementara itu, ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang turut dihubungi Harakahdaily berkata, DUN Perak hanya mempunyai seorang speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan mereka hanya akan mendengar arahan daripada beliau, bukan dari Ganesan.

Ujar beliau yang juga Pengerusi DAP Perak, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan sesekali bersekongkol dengan speaker yang tidak sah di sisi undang-undang.

"Ganesan dari dulu hingga sekarang bukan sahaja speaker haram, tapi haram jadah.Perbuatan dia merampas kedudukan V. Sivakumar adalah amat memalukan."Ujarnya.

"Sesiapa yang menyokong kerajaan Zambry di Perak samalah seperti merestui kezaliman yang mereka lakukan."katanya lagi.

Sidang dun tergempar selepas BN merampas Perak diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pada 7 Mei lalu, sidang dun kedua diadakan. Bagaimanapun sidang dun itu berlangsung dalam suasana yang kecoh apabila Adun BN termasuk Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mahu mematuhi arahan speaker Pakatan V. Sivakumar termasuk Ganesan yang bertindak mengambil tempat Sivakumar.

Selepas itu, Sivakumar memanggil satu lagi sidang dun yang hanya dihadiri oleh Adun Pakatan diadakan di Hotel Heritage dengan meluluskan tiga usul.

Persidangan itu diadakan di situ selepas polis menghalang Sivakumar dan 26 Adun Pakatan Rakyat daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Nizar menegaskan, sidang dun yang diadakan itu tetap sah di sisi undang-undang._

Sunday, October 11, 2009

UMNO Akan Terus Angkuh Mengamalkan Rasuah

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/11102009152.jpg

TELUK KEMANG - Kemenangan Tan Sri Isa Samad dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang adalah merupakan suatu kegagalan kepada misi integriti nasional.

Walaupun begitu, PAS menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik, namun malu dengan sikap Umno yang tidak akan membawa rakyat kepada kehidupan yang lebih baik kerana gagal memerangi rasuah.

"Umno memang menang dalam pilihanraya, tapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah,"kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media yang diadakan selepas Pas di isytiharkan tewas dalam pilihanraya kecil DUN bagan Pinang.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.

Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.

Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.

Mengulas perkembangan yang sama, Pengarah pilihanraya PAS bagi Bagan Pinang, Salehuddin Ayub, konsisten dengan kenyataannya bahawa PRK N31 Bagan Pinang akan menjadi pemangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara.

"Ia akan mempercepat gelombang itu,"kata Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS serta ahli Parlimen Kubang Kerian.

Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamul Iskandar M Akin dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli

lain-lain cerita menarik...

> JUMLAH UNDI POS DITERIMA PAS DI BAGAN PINANG

> ISA BAKAL MENDUDUKI KERUSI NO. 1 NEGERI SEMBILAN

Kemenangan Isa : UMNO Tidak Perlu Berubah

Harakahdaily
Sun | Oct 11, 09 | 7:12:54 pm MYT

ANALISA

Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.

Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.

Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Sehingga analisa ini ditulis, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah mendahului calon PAS dengan lebih 5,000 undi. Ini belum termasuk undi pos lagi.

ADA YANG LEBIH PENTING DARI KEPUTUSAN BAGAN PINANG

Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP.

Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.

Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.

Image










(Gambar: Isa no 1, PAS nombor 2)

Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

"Kalau pemimpin ini memberikan khidmat yang baik, apa salahnya mereka rasuah," mungkin ini mesej yang hendak dihantarkan oleh pengundi Bagan Pinang.

Dengan kemenangan ini, para media BN esok akan melaporkan, PAS kalah teruk, kemaraan Pakatan Rakyat telah berjaya disekat setakat Selangor sahaja dan sebagainya.

Menjelang keputusan ini diperolehi, seorang rakan Cina dari Port Dickson memaklumkan, orang Cina tidak mahu undi PAS kali ini kerana marah dengan apa yang berlaku di Selangor.

Mereka tidak puashati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Sejauh manakah benarnya maklumat akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi nanti.

Pendek kata, jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti. _


lain-lain cerita menarik...

> KEMENANGAN ISA, SELAMATKAH MAT HASSAN ?

> CERITA DI NEGERI SEMBILAN 2 TAHUN DAHULU

Saturday, October 10, 2009

Flashback : Ulasan & Fakta 8 PRK Yang Lalu


Moga N.31 Bagan Pinang turut dikurniakan
kemenangan dari sisiNya...insyaAllah !!!

__________________________________________
26 Ogos, 2008 - P.44 PERMATANG PAUH
__________________________________________

KEMENANGAN ANWAR BAWA PERUBAHAN PADA POLITIK NEGARA
Roy Rasul & Bashir Ishak
Wed | Aug 27, 08 | 3:51:21 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - PAS mengucapkan tahniah di atas kemenangan besar Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh semalam.

baca artikel penuh & fakta rasmi SPR


_________________________________________
17 Januari, 2009 - P.036 KUALA TERENGGANU
_________________________________________

PAS MENANG, ABDUL WAHID LAYAK KE PARLIMEN!
Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Sat | Jan 17, 09 | 9:30:53 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.


baca artikel penuh & fakta rasmi SPR

_________________________________________
7 April, 2009 - P.059 BUKIT GANTANG
_________________________________________

KEMENANGAN, SATU REFERANDUM RAKYAT TERHADAP BN
Bashir Ishak
Wed | Apr 08, 09 | 2:10:08 pm MYT

SUNGAI PETANI,8 April (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Kecil (PRK) di dua kerusi Dun Bukit Selambau dan parlimen BUkit Gantang sebagai satu referandum yang jelas dari rakyat kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak.


baca artikel penuh & fakta rasmi SPR

_________________________________________
7 April, 2009 - N.25 BUKIT SELAMBAU
_________________________________________

ANALISIS BUKIT SELAMBAU : SELAMATKAN NEGARA DARI KEJAHATAN BN
Izwan Abdul Halim | Foto Nasir Sudin
Wed | Apr 01, 09 | 10:47:15 am MYT

Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Bukit Gantang, Perak; Dun Bukit Selambau, Kedah dan Dun Batang Ai, Sarawak akan diadakan serentak pada 7 April depan. Berbanding PRK Bukit Gantang dan Batang Ai yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, PRK Bukit Selambau diadakan ekoran perletakan jawatan oleh Adunnya.


baca artikel penuh & fakta rasmi SPR

_________________________________________
7 April, 2009 - N.29 BATANG AI
_________________________________________

KEAJAIBAN BATANG AI
Buat kali pertama dilihat begitu besar perarakan di sebuah daerah pendalaman Pekan Lubuk Antu, pusat tumpuan bagi Pilihanraya Kecil N29 Batang Ai. Jumlah 6 hingga 7 ribu terlalu besar bagi daerah ini.

baca artikel penuh & fakta rasmi SPR

_________________________________________
31 Mei, 2009 - N.12 PENANTI
_________________________________________

SEMUKA DENGAN PENGUNDI, FAKTOR KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT
Mohd Sabri Said
Tue | Jun 02, 09 | 9:13:07 am MYT

PENANTI, 2 Jun (Hrkh) - Pendekatan turun padang bertemu pengundi sasaran secara bersemuka dan kemaufakatan kepimpinan ketiga-tiga parti membantu dari segi penerangan setiap malam akhirnya membuahkan kemenangan kata, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifudin Nasution Ismail.


baca artikel penuh & fakta rasmi SPR

__________________________________________
14 Julai, 2009 - N.41 MANEK URAI
__________________________________________

ANALISIS MANEK URAI : PAS MENANG TIPIS WALAU DIASAK HEBAT
Wan Nik Yusof Ngah
Thu | Jul 16, 09 | 10:53:00 am MYT

Kemenangan akhirnya berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Umno yang mewakili Barisan Nasional terpaksa mengiktiraf kuasa rakyat Manek Urai.


baca artikel penuh & fakta rasmi SPR

__________________________________________
25 Ogos, 2009 - N.11 PERMATANG PASIR
__________________________________________

PERMATANG PASIR JADI MOMENTUM PERUBAHAN PRU13
Dzulfikar Mashoor
Tue | Aug 25, 09 | 10:50:07 pm MYT

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos : Pakatan Rakyat berkeyakinan kemenangan calon PAS Mohd Salleh Man di Dun Permatang Pasir dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.

baca artikel penuh & fakta rasmi SPR


lain-lain cerita menarik ...
> PETUGAS UMNO TERENGGANU TIDAK KIRA 'HALAL HARAM' ?
> MASA UNTUK RAKYAT BAGAN PINANG MENANGKAN CALON PAS
> SAHABAT YANG SEBELUMNYA BENGIS, PENGIKUT SETIA RASULULLAH
> RASUAH, MARUAH PENTING DI BAGAN PINANG
> JADIKAN BAGAN PINANG PERINTIS PERUBAHAN
> ADAKAH PEMILIHAN TS ISA BERI PELUANG KEMENANGAN BN ? ... tinjauan
Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura