| sumber : malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Jan 29, 09 11:49am |
| kemaskini 2:06pm Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim - akan mengambil tindakan saman. "Saya akan merayu (kepada Jakim). Jika tidak terima, saya akan tuntut hak-hak saya melalui (proses) undang-undang," kata Ramlang Porigi. Beliau merancang mengemukakan rayuan kepada jabatan tersebut pada Selasa atau Rabu depan. Anak kelahiran Sabah itu kini sedang berehat di kampung halamannya di Sandakan dan dijadual kembali ke Kuala Lumpur awal minggu depan. Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja." Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim yang dipengerusikan oleh Wan Mohamad mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu. Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang mendakwa penyingkirannya tidak melalui prosedur dan amalan biasa. "Saya dibuang tanpa amaran, tanpa notis," katanya. Beliau juga mendakwa hanya dipanggil sekali sahaja bertemu Wan Mohamad - sehari sebelum dipindahkan dari Masjid Wilayah Persekutuan ke bahagian pentadbiran dan kewangan Jakim di Putrajaya pada 9 September lalu. Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu juga, Ramlang mendakwa tidak dimaklumkan berhubung tindakan pembuangan itu tetapi hanya dipersalahkan ekoran kemunculan beliau di pentas PKR pada 24 Ogos, kira-kira 48 jam sebelum pengundian dalam pilihanraya tersengit itu. Tambahnya, kehadiran beliau ke pentas PKR dipersoalkan oleh majikannya kerana kelihatan "senang hati" sewaktu berucap tetapi sebab beliau berada di situ tidak diambil perhatian. "Mereka kata, gambar saya (berucap) yang disiarkan di (laman perkongsian video) Youtube nampak gembira," kata Ramlang. Bagaimanapun, bapa kepada tiga anak itu berkata, beliau reda dengan takdir tuhan walaupun pemecatannya itu tidak diduga sama sekali. "Waktu saya cakap dengan kawan-kawan, mereka kata, mustahil sampai kena buang. Ada orang (kakitangan awam) lawan kerajaan betul-betul tetapi (mereka) tidak kena buang (kerja) pun. "Ada (kakitangan) yang ada rekod jenayah pun tidak kena buang pun." "Saya hanya ingin membebaskan nama saya daripada pelbagai fitnah yang diterima sejak seminggu menjadi saksi sumpah itu. "Alhamdulillah sekarang, ke mana saya pergi, orang tidak marah pada saya," katanya. Ramlang kemudian muncul di tiga majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat dengan mendakwa beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian. Menceritakan pengalaman beliau bertugas empat bulan di Jakim sejak ditukarkan secara mendadak, beliau tidak menerima sebarang tekanan daripada pegawai atasannya. Bagaimanapun, tambah Ramlang, beliau tidak diberikan sebarang kerja dengan harapan beliau akan melepaskan jawatan sebagai kakitangan Gred 17 secara sukarela. Pada 7 Ogos tahun lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu. |
Thursday, January 29, 2009
Ramlang saman Jakim jika rayuan ditolak
Dua Minggu Berlalu, Wan Farid Bagai Jatuh Ditimpa Tangga
sumber : Buletinonline
Kuala Terengganu – Selepas dua minggu UMNO dan Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, jentera UMNO Terengganu masih terus menyalahkan dan memburuk-burukkan bekas calonnya, Dato’ Wan Ahmad Farid.
Dalam satu laporan bedah siasat yang bertajuk ‘Laporan Jawatankuasa Pemantau’ UMNO Perhubungan Terengganu, meletakkan faktor calon sebagai faktor kedua mengapa UMNO kalah dalam pilihanraya tersebut.
Laporan tersebut mendedahkan, walaupun sepatutnya yang bertanding adalah parti dan bukannya calon, tetapi setiap kali pengumuman calon dibuat, pemimpin dan ahli UMNO sendiri terjebak mensensasikan isu calon sehingga memberi kelebihan kepada lawan.
Bekas calon UMNO/BN bagai jatuh ditimpan tangga, setelah mengalami kekalahan pada 17 Januari lalu, peribadinya masih menjadi ungkitan dan bangkitan dikalangan ahli-ahli UMNO.
“Calon yang didakwa sebagai ego, elit dan bangsawan seolah-olah diakui oleh Jentera UMNO sendiri dan pemimpin UMNO tempatan samada di peringkat cawangan sehingga ke peringkat tinggi,
“di dalam suatu ceramah Parti Keadilan Rakyat, penceramah menyatakan bahawa calon BN bukan sahaja ditolak oleh PAS malah oleh orang BN /UMNO sendiri,”tulis laporan tersebut yang dipengerusikan oleh veteran UMNO Terengganu, Dato’ Hj Awang Jabar.
Dalam satu lagi laporan post-mortem yang disalinkan kepada Buletinonline menyatakan pengumuman calon UMNO/BN yang dibuat awal telah memberi kesan yang kurang baik kepada UMNO/BN.
Laporan tersebut menyebut, dalam tempoh 16 hari sebelum hari penamaan sebab dalam tempoh itu orang ramai menjadikan calun sebagai bahan perbincangan menyebabkan berbagai2 kelemahan calun dibongkar.
Antara lainnya, Wan Farid dibelasah dengan penyenaraian kelemahan-kelemahan sebagai calon seperti dibawah;
- Calon adalah seorang pemimpin yang tidak memiliki pengalaman mengendalikan pilihanraya, dimana bilamasa beliau tidak bertanding dalam PRU12 beliau tidak main peranan menerajui pilihanraya.
- Calon telah dilemparkan dengan label “sombong” dimana satu tuduhan yang ada kena mengena dengan ’character’ beliau dan susah untuk di tepis oleh jentera parti melainkan beliau berubah.
- Calon bergerak bersendirian tanpa mengikuti program yang diatur cawangan dimana lawatan beliau tidak banyak menarik undi.
- Calon “over expose” kepada liputan media terutama media eletronik dan apa jua ’statement’ yang dikeluarkan menampakkan kelemahan beliau kepada orang tempatan.
- Calon juga telah melantik wakil calon yang tidak memiliki ‘character’ yang boleh membantu calun. Kehadiran wakil calon tidak dirasai oleh jentera parti.
- Calon tidak berupaya membaiki hubungan dengan keluarga Allahyarham Dato Razali Ismail, ini menyebabkan cerita ini tersebar dan membuat pengundi kalangan guru yang peminat Allahyarham tidak memihak kepada BN
- Calon yang mengadakan mesyuarat lewat malam dengan jawatankuasa khas beliau dirumahnya tiap-tiap malam, menjadikan Badan Perhubungan sasaran tuduhan kononya Perhubungan sabotaj dgn tidak menghantar peruntukan.
- Calon juga di sebar dengan maklumat yang beliau akan diangkat menjadi Menteri penuh selepas kemenangan dan ini menyebabkan musuh politik beliau kurang semangat bekerja.
- Calon tidak jadikan rumah kediaman beliau sebagai ‘centre’ tempat himpunan penyokong beliau.
- Calon telah melantik Timbalan Ketua Bahagian sebagai Pengarah pilihanraya dan ini tidak membantu beliau sebab Timbalan hanya ikut Menteri Pelajaran dan Naib Ketua Pemuda Malaysia dan meninggalkan ‘command centre”
Monday, January 26, 2009
Sekitar Majlis Kacau Bubur 'Asyura
YB Sura sempat hadir dan mendengar hasil tinjauan awal olehwakil peribadi beliau terhadap satu permasalahan di Pasar Besar Dungun.
melalui pemerhatian SB - 27 Januari, 2009 (SELASA)
di Markaz PAS Caw Kg Molek.
Sebanyak 7 kawah bubur 'asyura berjaya dimasak dan diagihkan kepada penduduk setempat. Program anjuran Majlis Tindakan Muslimat DUN Sura ini turut dibantu oleh pihak muslimin dan para pemuda DUN Sura.
HULURKAN SUMBANGAN, DEMI INSAN-INSAN YANG SEDANG DIZALIMI
DI PALESTIN MELALUI TABUNG KEMANUSIAAN HARAKAH DI AKAUN
BIMB: 14069010021298.
Gong Xi Fa Cai - Dari Presiden PAS Untuk Semua
| sumber : buletinonline | |
| Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya. |
Sunday, January 25, 2009
Sekitar hari penamaan calon PRK P036 Kuala Terengganu
Di sini kami perturunkan sebahagian gambar-gambar sekitar hari penamaan calon P036 Kuala Terengganu dari lensa unit kamera amatur kami.Banyak lagi gambar-gambar akan menyusul selepas ini terutama dari lensa petugas Unit IT Dun Sura...

Tuan Guru berkereta ke tempat penamaan calon...tak larat jalan jauh-jauh.
macam kenal je...antara petugas sepenuh masa dari Dun SuraSaturday, January 24, 2009
UMNO Tidak Akan Berubah
Dungun 25 Jan 2009 – “Walaupun UMNO cuba melakukan perubahan, namun dasar yang dibawa oleh parti itu tidak mungkin berubah,
“apa yang mereka perjuangkan adalah untuk kepentingan diri dan para kroni,”kata Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Beliau berkata demikian ketika memberi respon atas kenyataan beberapa pimpinan UMNO selepas mengalami kekalahan dalam pilihanraya kecil (PRK) Kuala Terengganu minggu lalu.
Menurutnya mesej yang rakyat berikan dengan keputusan PRK Kuala Terengganu bukannya meminta UMNO berubah tetapi rakyat memberikan isyarat bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi dengan politik masakini.
“Satu mesej yang jelas yang dihantar oleh rakyat selepas PRK Permatang Pauh, rakyat mahukan perubahan kerajaan yang memimpin mereka,
“sekiranya rakyat mahukan UMNO yang berubah, pasti rakyat memilih UMNO di Kuala Terengganu kerana UMNO sudah pun membuat beberapa perubahan dalam kepimpinan,”jelasnya yang ditemui ketika menghadiri majlis walimah seorang penduduk di jalan lapangan terbang, dekat sini, semalam (Gambar atas)
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sura berkata perubahan haikiki yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO adalah kembali kembali Islam yang sebenarnya dan mengamalkan dasar-dasar Islam dalam menghadapi masyarakat.
“Menurut seorang Ulama’ Hassan Basri, menjadi seorang pemimpin itu adalah menjadi “hamba kepada rakyat”,
”Mana mungkin seorang “hamba kepada rakyat”, adalah lebih kaya dan hidup mewah daripada rakyat jelata,”katanya merujuk kepada cara hidup pemimpin UMNO yang ada masakini.
Mengulas lanjut kesan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK Kuala Terengganu beliau berkata kemenangan tersebut memberikan kesan yang besar kepada para petugas dan rakyat di kawasan Dungun.
Katanya ia bukan sahaja terkesan dan membawa perubahan dikalangan para petugas dan penyokong Pakatan Rakyat bahkan sudah ada ‘suara’ kedengaran dikalangan penyokong UMNO dan Barisan Nasional.
“Penyokong UMNO akan ada perubahan, sudah ada ‘signal’ dari kalangan penyokong UMNO dan BN yang turut akan berubah menyokong Pakatan Rakyat,”katanya.
Oleh yang demikian beliau sudah meletakkan sasaran kerja PAS Kawasan Dungun untuk mengahdapi Pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang.
“Sasaran PRU 13 bagi Kawasan Dungun, InsyaAllah PAS akan menumpukan kepada tiga DUN yang akan berjaya kembali ke tangan PAS dibawah muafakat Pakatan Rakyat,”katanya.
sumber : buletinonline
Thursday, January 22, 2009
Petunjuk Kuala Terengganu: Nazak BN menjelang ajal
Zulkifli Yahaya Thu | Jan 22, 09 | 5:38:27 pm MYT | |
![]() ![]() ![]() ![]()
Semua menteri membawa sekali kementeriannya berkampung di Kuala Terengganu. Bajet kementerian Pusat turun untuk setiap daerah mengundi! Bukankah gila namanya? Media arus perdana usah dikira lagi peranannya. Di bawah bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46, Datuk Ahmad Shabery Cheek, RTM berkempen untuk BN sehingga 24 jam. Berdasarkan semua strategi yang digunakan itu, mengikut hukum akalnya, lawan BN sepatutnya hilang deposit. Ditakdirkan Allah SWT BN kalah juga. Lebih teruk lagi kerana mereka hilang kerusi yang mereka menangi pada Mac 2008 lalu. Bergelut dengan nazak Pelbagai ulasan dari pelbagai individu dan pihak diberikan. Ada ulasan bernilai akademik dan ada juga ulasan sekadar untuk melepas geram kepada individu tertentu. Dalam 1001 sebab diberikan terhadap kekalahan BN, tidak ada yang mengulas bahawa hakikat sebenarnya BN sedang bergelut dalam nafas nazak menjelang ajalnya. Di atas dunia yang fana ini setiap yang hidup akan merasai mati. Hukum itu bukan untuk makhluk bernyawa seperti haiwan atau manusia saja. Kerajaan yang memerintah pun sama. Mereka ada ajalnya. Tidak ada sebuah kekuasaan yang bertahan seusia kewujudan manusia di atas muka bumi ini. Semua tamadun silam pernah gemilang dan pernah hilang. Parti politik yang memerintah dalam sistem demokrasi pun begitu. Dalam catatan sejarah moden, parti politik yang lama memerintah sejak merdeka ialah National Revolutionary Party (NRP) di Mexico kemudian bertukar nama kepada Institutional Revolutionary Party (IRP). Selepas 60 tahun memerintah, IRP tumbang pada tahun 1989 kepada parti Baja California. Liberal Democration Parti (LDP) walaupun lama memerintah di Jepun, hakikatnya ia bukan parti LDP yang asal kerana berpecah dan menjadi serpihan beberapa kali. Kira-kira sekarang ini, rekod parti politik yang memerintah paling lama sejak merdeka dalam sebuah negara demokrasi dipegang oleh BN (dulunya Perikatan) di Malaysia. Apabila Musa Hitam mengibaratkan Umno yang mendominasi BN sedang mengalami 'sakit tua' maka ia adalah satu istilah yang sangat tepat sekali. Sakit tua adalah sakit selepas terlalu lama hidup, menunggu detik-detik kematian. Berkurunglah dalam wad ICU dengan berpuluh sambungan wayar penyokong hayat, sampai masa maut menyusul jua. Jika percaman orang tua-tua terhadap pesakit tua menjelang ajalnya selalunya betul, lalu menganjur majlis bacaan Yaasin, maka demikianlah percaman orang tua bernama Musa Hitam terhadap Umno. Ia sukar untuk disangkal. Bagi ahli-ahli Umno, bermula dari pucuk pimpinan hinggalah ke ahli biasa, jika mahu sentiasa menjadi pihak yang menang maka sekaranglah masanya untuk mereka berhijrah menyertai parti-parti Pakatan Rakyat. Tidak ada sebab untuk mereka terus kekal dalam sebuah bahtera yang sudah bocor dan sedang karam perlahan-lahan macam kapal Titanic. Bangkit dengan kekuatan sendiri Bagi Pakatan Rakyat, ia wajar bangkit dengan kekuatan sendiri, bukannya kerana kelemahan musuh. Buat pertama kalinya pemimpin utama kerajaan dari lima buah negeri Pakatan bersidang di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, Alor Setar, lalu mengeluarkan Pengisytiharan Mentaloon yang mengesahkan pemantapan kerjasama antara negeri, terutama dalam menghadapi kerenah Pusat. Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, majlis tersebut mempunyai bidang tugas untuk menjalankan agenda Pakatan Rakyat serta akan menyelaraskan program dan aktiviti selain mengurangkan perbezaan pendapatan antara kerajaan Pakatan Rakyat. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, melalui majlis itu keanggotaan dapat berkongsi maklumat dari segi kejayaan, pencapaian pelaksanaan pengurusan negeri dan juga masalah-masalah dari segi pentadbiran sekali gus menuju kepada satu taraf pengurusan negeri yang lebih mantap. Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan, Dato� Seri Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng turut bersemuka membincangkan agenda Pakatan. Sudah tentulah pertemuan seperti ini sangat menakutkan BN. Pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah pilihan raya yang dihadapi melalui persepakatan langsung PAS, KeADILan dan DAP. Sedang pilihan raya umum 2008 dulu pun, persepakatan rasmi seperti ini belum wujud. Bermakna jika Pakatan terus mantap sehingga pilihan raya umum ke-13, Najib dan konco-konconya sudah boleh mencongak negara mana mereka hendak bermastautin selepas Malaysia. _ sumber : harakahdaily |
Thursday, January 15, 2009
SPR perlu jelaskan undi sulit atau tidak - Mustafa
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali mendakwa seorang pemimpin memberitahu pada satu perjumpaan dengan kakitangan kerajaan dengan menyebut pengundian tidak sulit.
"Kita minta SPR membuat kenyataan terbuka mengenai status pengundian yang dimaksudkan pemimpin terbabit tidak lagi sulit," katanya pada persidangan media di sini, hari ini.
Mustafa mendakwa Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato' Mat Razali Kassim memberi kata dua kepada lebih 500 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya mengundi calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Pertemuan itu difahamkan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Mat Razali juga merupakan pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
"Kita ada cukup bukti pegawai terbabit membuat ugutan tersebut kerana ada orang yang memberi laporan kepada kita yang berada dalam majlis terbabit," kata Mustafa.
Beliau juga mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan Menteri Besar, Dato' Ahmad Said menghadiri majlis memperkenalkan calon BN kepada kakitangan kerajaan di wisma Darul Iman.
"Sedangkan memperkenalkan calon kepada kakitangan kerajaan adalah salah di segi peraturan pilihan raya," katanya.
Sementara itu, petang ini seorang penduduk Raja Arizal Raja Arif, 32 dan Mohd Fadzil Wahad membuat laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya kerana membuat ugutan terhadap pengundi.
Laporan itu dibuat kira-kira jam 4 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Laporan tersebut menyebut pegawai terbabit menyalahgunakan kuasa dengan merayu kakitangan MBKT mengundi calon BN.
Program berkenaan didakwa berlaku di Dewan Besar Wisma Darul Iman dan Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Terengganu pada 11, 13 dan 14 Januari lalu.
"Mat Razali juga memberi arahan kepada warga MBKT supaya berterima kasih kepada BN. Kalau enggan berbuat demikian kakitangan tersebut diarah berhenti dari MBKT," katanya kepada pemberita selepas itu.
Turut hadir peguam dari Wan Abd Mutallib & Co.
Semalam Ketua Angkatan Muda KeADILan, Mohd Fariz Musa juga membuat laporan serupa terhadap Mat Razali. - mj _
Lanjusoh, Mohd Nor Yahya | Foto Nasir Sudin





















Hanya meletakkan mucung pistol di kepala pengundi saja yang tidak dibuat oleh BN. Selain itu, apa lagi yang tidak dilakukan oleh mereka dalam usaha memenangkan calonnya di Kuala Terengganu? Umpan sudah, ugut pun sudah.



