Thursday, December 1, 2011

RUU Himpunan Aman Dibantah Parlimen Asean

KUALA LUMPUR, 1 DIS : Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang diluluskan Parlimen baru-baru ini bukan sahaja mendapat bantahan dari rakyat negara ini malah menerima bantahan pelbagai pihak termasuk pemerhati luar negara.

Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara Asean Dr.Thomas Gambke berkata RUU tersebut merupakan usaha menghalang sebarang perhimpunan dibuat.

"Tindakan ini hanya akan menghalang protes jalanan di Malaysia dan juga sesetengah kebebasan dalam mengadakan demonstrasi selain melumpuhkan pembangkang yang seharusnya diberi kebebasan untuk mengadakan kempen sesuai dengan amalan demokrasi." kata beliau dalam suatu kenyataan media yang diterima TVSelangor.

Beliau yang merupakan salah seorang penal di Deutscher Bundestag dan juga Pengerusi Kumpulan Perhubungan Parlimen bagi negara-negara ASEAN yang berpengkalan di Berlin German.




Katanya, bagi mengadakan pilihanraya yang bebas dan adil,pihak kerajaan perlu memastikan hak untuk mengadakan perhimpunan aman tidak dibatalkan.

Menurutnya undang-undang baru ini tidak akan menstabilkan Malaysia malah akan menjurus kepada konfontasi yang menggunakan kekerasan.

"Ini akan menghantar isyarat yang salah kepada pelabur-pelabur asing yang sebelum ini mengambil kira kestabilan Malaysia sebagai faktor mereka melabur disini." jelas beliau.

sumber : tvselangor.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura